Selasa, 27 Disember 2011

Amirah Nurfatini

Hari ini 27-12-2011 genap umur anak ku yg ke-3, setahun. Serikandi yg diberi nama Amirah Nurfatini lahir tahun lepas di hospital seremban, negeri sembilan.
Masih lagi belum berjalan, cuma bertatih berpegang pada bende yg boleh membuatkan beliau berjalan.
Rasanya tak lama lagi, jalan la tuh...
Mmmmm....Nak tulis panjang2 xde mood plak.. so cukup la sekadar menulis utk memperingati.Nak potong kek dah buat sabtu lepas (malam) 24-12-2011 sekali dgn anniversary aku dan besdey wafiy n dani dan anniversary mertua yg ke 41 (25-12-2011) rasanya.. heee...
Apa pun harapan aku, anak ku ini akan menjadi wanita yang solehah bertakwa dan beriman pada Allah SWT.
berilmu dunia dan akhirat dan menjadi harapan pada keluarga, agama, bangsa dan negara.. Insyaallah..

Selamat hari lahir baby... Amirah Nurfatini.

Sabtu, 24 Disember 2011

Ulang tahun yang ke-7 ( Azlan Syah & SeriNor Dalila )


Hari ini 24-12-2011 bersamaan 29 Muharram 1433 hijrah adalah hari ulang tahun perkahwinan dgn isteri ku Serinor Dalila Bte Md Derus. Ulang tahun yang ke 7 di mana 24-12-2004 lepas asar aku di ijab kabulkan. :)
Perkenalan selama 2 tahun kami di merterai dgn perkahwinan dan majlis yg sederhana tp penuh gemilang meraikan kami berdua.25-12-2004 majlis di rumah isteri dan
26-12-2004 di rumah ku dan lebih menyayatkan hati, kami gembira tp saudara kami di malaysia, indonesia, dan lain2 negara di landa malapetaka di mana tsunami yg begitu dasyat sekali menimpa mereka. Allahuakbar..!! dan setiap tahun ulang tahun perkahwinan ku mesti mengingati peristiwa sedih itu.Semoga roh mereka yg beragama Islam di rahmati Allah SWT.



Al-hamdulillah.. 7 tahun perkahwinan kami di kurniakan 3 orang anak 2 lelaki dan 1 perempuan. Muhammad Wafiy-4 , Muhammad Dani Fakhri-3 dan Amirah Nurfatini- 1 (27hb ni). tahun depan Wafiy dh nak ke sekolah 5 tahun. Sekejap aje masa berlalu. 
Resam rumah tangga, sumer ade, gembira, sedih, gaduh, dan macam2 dugaan, namun aku hadapi dgn sabar dan memohon doa agar rumah tangga ku ini di lindungi dan di rahmati Allah SWT.

Rasanya cukup la kut utk kali ini, bukan apa keje byk dan idea pung xde hehe.. :)
dan kpd yg membacanya hope doakan kebahagian kami dan hubungan ini berkekalan hingga ke akhir hayat.. Insyaallah.. 

Terima kasih.. 


Selasa, 13 Disember 2011

Dani Fakhri

Lama tak menulis...kesibukan kerja membuatkan aku lupakan sekejap blog yg tak berapa best ni.
Apa pun hari ini paksa jugak tulis kerana hari ini hari lahir anak aku yg no 2 Dani Fakhri yg genap 3 tahun umurnya hari ini.

Dani Fakhri, nama diberi lahir pada 13 disember 2008 jam berapa aku dh lupe..hee.. lahir di hospital seremban.
Dani yg kalau ikutkan belum cukup waktu kerana ketika baru berusia 7 bulan kandungan org rumah nak jugak keluar kerana xsabar nk tengok dunia agaknye..hee..
Seingat aku jam 10 am (sabtu) wife call kerana sakit sgt lagipun subuh tuh dia dh sakit, tapi aku g keje gak kerana ade keje.Balik dgn segera, ade mak lang jiran sebelah dan bidan. mereka suh gak g hospital..
So aku bawak wife g spital semban dan memecut dgn lajunya sambil bukak double signal.. 1/2 jam sampai.. hee.. kalu ikut kan 45 baru sampai...tp langgaq aje lampu merah.. emergency katakan..
Sampai di kecemasan.. org hospital tolon hantar ke wad bersalin. aku g carik parking la..huu..(dh la parking payah kat spital tuh).
dah parkir, g daftar n jumpa doktor dan doc kata kena kuarkan juga tp berisiko skit, aku kata ok aje.. dan berserah saja. kalau xsilap aku kul 3 ke 4 si Dani tuh keluar. kecik aje.. huu.. tp alhamdulillah.. dua-dua selamat dan sihat, cuma dani kena masuk dlm cermin tuh ..ntah bape lama aku lupa.. seingat aku 3 mggu gak kut.ye la..pasal dia kuar tak cukup bulan.

 Apa pun sekarang dh umur 3 tahun, manje bukan main, cuma setahun 2 kali mesti refer g hospital pakar di semban.
Kurus aje, makan nasi tak nak..huu.. kalau g spital mesti kena marah dkt doc kerana berat tak naik-naik.. 11 kg. jer..

Apa pun hari ini besday dia yg ke 3 tahun. moga anak ku ini menjadi anak yg soleh, beriman dan bertakwa pada Allah dan berilmu di dunia dan di akhirat.

Selasa, 1 November 2011

Bas Eng Giap












ENG GIAP rest in peace..jasa mu dikenang 1937 - Oct 2011


Eng Giap sebuah syarikat bas yg beroperasi dari tahun 1937 (tak pasti penubuhannya) hingga 31 oct 2011.Syarikat yang beroperasi dari jam 7 pagi hingga 7 petang telah pun menutup buku semalam di mana den tak pasti kenapa ia ditutup adakah kerana bankrup atau lain2 sebab.Bas yang telah memberi khidmat di mana mempunyai 2 laluan yang berbeza iaitu Tampin ke pilah dan tampin ke bahau.Banyak jasanya kpd penduduk di sekitar laluannya seperti tampin,ropah,joram,mawang,ronggoh,pasit,johol,melokai,kolo,dangi selaru pilah,kopih,bahau dan len lain yg den tak tahu mano toboh eh laie.Bas yg sinonim dgn kaler merah hitam (putih sikit2) itu bergerak mengikut peredaran masa, dari bas roti paun kpd bas kotak cuma xde air con ajer.. rasa ade satu jer yg air con tp di jadikan bas utk disewa khas.


Nama yang tak asing bagi penduduk di sekitar laluannya telah memberi impak yg besar ke ateh penduduk2 di laluannya di mana itu lah transport yg di gunakan oleh rata2 pelajar sekolah,atuk nenek, pak cik mak cik, adik,abang kakak, mak ayah dan ramai lagi.Namun kerana zaman yg dah semakin berubah, rata2 semua dah berkenderaan sendiri jadi penggunaan bas itu telah pun terhad kpd pelajar2 sekolah saje dan org perseorangan yg tidak memiliki motor atau kereta utk ke tempat yg ditujui nya.Jadi mungkin itu satu faktor kenapa Eng Giap ni di tutup..huhu.. sodeh eh..


Terkenang  masa zaman sekolah dulu. bas eng giap la menjadi transport utama bg aku yg masih budak2 lagi.
masa sekolah rendah: balik sekolah mesti naik bas, berbagai kenangan yg tak boleh di lupakan. teringat masa nk turun kena picit loceng. dh la bas tinggi kena la panjat kerusi bila nak tekan loceng.Lepas tu ade plak driver bas (cino drebar eh, konduktor eh ah cai) yg bising bila makan ais krim dlm bas. bila nak naik bas ajer.. confirm ais krim kena buang kalau tak, tak dapat naik bas. 
masa sekolah menengah: balik dari asrama, itulah pengangkutan yg ade, ujung minggu atau sebulan sekali balik ke kampung naik bas, xmcam sekarang di mana mak bapak jemput balik dari asrama...




Kalau penduduk sekitar joho nk poie pilah ko bahau kono tengok boto2 bas tuh.kalau x, kono turun balik la nampak eh. bukan apo laluan ko pilah lain, bahau lain.Bas eh samo cumo bezo eh kt signbod eh tulih pilah tampin atau bahau tampin,lagi satu kek signbod tuh ado kalo putih and itam membezokan destinasinye.


Ni pulak tompek lepak2 maso bujang2 maghin.. bus stand tampin, den mmg goma lepak sini.. yo la...dh kek sini yo tompek yg dokek dgn kampung.nak poie pilah ko bahau ko jauh..apo pung..tuh zaman dulu2.. terkonang ah balik umah naik teksi pasal bas dh abih..hoho... bas last poie pilah 6.30 dan bas last poie bahau 6.15.. nijam dh ado keto moto, bas pun xpandang laie.. tambang pun xtahu bapo dh..huu..


banyak cerita dlm bas eng giap ni... ade yg jumpo jodoh dalam bas ni dan memacam lagi, kono rabo pun ado gak eh..hee..biaso la bas dah macam tin sardin...nak-nak bilo time hari sabtu, potang2 confom ponuh..yo la maso tuh ado pasar sabtu  kek tampin..
nijam.. x mcm maghin doh...org  poie pasar sabtu kek tampin naik keto..moto..





Apo pun Bas Eng giap akan menjadi satu simbolik kpd penduduk2 di sekitar laluan nye sejak dari dulu lagi.
Bagi aku, kenangan manis, pahit,indah bersama dgn bas Eng Giap pasti akan terpalit di dalam sanubari hati ini di mana dari kecil hingga ke besar ini, kehidupan seharian xlekang dgn Eng Giap hingga la berakhirnya perkhidmatan Eng Giap ni bermula pada31-10-2011.


sayuu..hooo..byk cerita bas ni.. kenangan yg xmungkin dapat dilupakan...




Jumaat, 7 Oktober 2011

Wafiy

Kerana kesibukan kerja, wada-ami terpaksa dilupakan seketika.heee...
Apa pun hari ini kena gak tulis walau sibuk sekalipun..











 10 bulan.
3 tahun 2 tahun lebih


Wafiy.. anak sulong aku yg hari ini genap umurnya 4 tahun. Muhammad Wafiy yg lahir pada
07 October 2007 yg bersamaan 25 ramadhan 1428 hijrah. Lahir di Hospital besar Melaka.
Beliau seorang yg sgt ceria,seperti kanak2 lain yang suka bermain, menonton kartun dan sebagainya.
Beliau seorang yg sgt cepat belajar, umur 2 tahun lebih dh kenal ABC, 123 dan sekarang dah kenal semuanya. Cuma xpandai eja je lg. Tahun depan 5 thn nak hantar ke sekolah, yang pasti bukan tabika kemas dan cuba mencari PASTI atau tadika yg lebih ke arah Islamic.

Dlm pada itu terkenang arwah ayah di mana tarikh lahirnya sama dgn anak ku Wafiy ni. Ayah ku lahir pada 07 October 1948. Masa kelahiran wafiy neh, arwah begitu gembira kerana anak lelakinya mendapat anak pertamanya (aku la) seorang lelaki dan tarikh lahir pulak sama dgn beliau.Habis di jajanya kat kawan2 beliau dan menyatakan cucunya tarikh lahir sama dgn beliau.Namun Allah lebih menyayanginya dan beliau pergi meninggalkan kami pd 17 Mac 2010 sebelum melihat cucu nya si Wafiy ini membesar.
Al Fatihah utk arwah ayah ku Mat Som bin Manap.



Ok..neh Wafiy nye ktiviti-aktiviti harian dia.(kecuali sabtu n ahad n cuti umum)

0745 - 0805: bangun tidur (kena kejut) menyusu
08.05 - 0835: Menyusu (Mamil Gold 4) sambil tgk kartun Dora Explorer kat chanel 612 astro
0840 - 0845: Bergerak ke rumah nenek(pengasuh) naik motor dgn aku..n Dani.
0845 - 1500: berada dirumah nenek (pengasuh) sebelum di ambil oleh mamanya yg balik dari sekolah.
1500 - 1900: berada dirumah. tgk kartun la apalagi, bermain dgn dani n amirah atau tido..
1900 - 2300: masih lagi tgk tv, main xpun tdo. bila aku balik confirm ajak aku main sama2 dgn dia..hishh..apa pun dh sudah maghrib baru aku main2 dgn diorang.. biasa la badan aku kena jadi kuda la apalagi..hii..
dan yang pasti klu siang dh tdo..mlm lambat la tdonye..aku yg tdo dulu.

Hmm...apa pun hari ini hari lahir beliau.. ingat jap lagi balik keje nk beli la mainan apa2 utk dia..nk beli ape erkkk...
yg pasti apa saja mainan aku beli sumer dia main..
ultraman paling dia suka, keretapi,kereta, ben10 hmm..macam2.

Apa pun sebagai ayah, mahu melihat anak2 nye hidup dlm gembira dan berjaya dlm apa jua.
Insyaallah..selagi hayat di kandung badan, aku mahu pastikan anak2 ku ceria dan berjaya dlm hidup ini.


Selamat hari lahir abang Wafiy... 

Sabtu, 24 September 2011

cermin tingkap

Hari Khamis 3.30 kuar dari opis lebih awal kerana nk jemput wife yg balik dari kursus SPBT kt KL. Tak balik rumah tapi terus g umah pengasuh budak dan amik wafiy n dani utk pergi menjemput mamanya.
Si baby amirah x ikut coz susah nk bawak, lagipun si abg dani tuh masih duduk kt baby sit (yg besaq). tu yg payahnya tuh.kalau x boleh la ikat
si amirah tuh dekat sit tu.

Dalam perjalanan ke SK Rahang, wife msg yg bas belum sampai kt Kuala Lumpur International lg. Aku kata xper.. so jln xde la laju mana.. aku pun bukan suka memandu laju, dan dekat kul 5 sampai kt skolah tu.
Perut lapar plak tuh..wife plak msg kata jln jem n blum kuaq dri tol lagi.
Mcm ni lambat la sampainya..so g la Petronas n beli la air,jajan,roti gula2 utk aku n anak2.bila dh beli terpikir plak, xkan nk bersapau dgn makan benda2 ni. so gerak cari kedai makan yg berdekatan dgn sekolah tu.
makan mee soto n kongsi bertiga dgn anak2.Selesai makan terus g kt parkir sekolah n menunggu lama la gak sambil duk tgk org main tenis.makan kuaci sebungkus habis pun xsampai g bas ni.
Lebih kurang 6.30 bas yg dinaiki wife sampai.terus gerak n pergi ke TESCO Extra kt seremban. Nk beli Pampes baby yg dh habis n barang2 dapur.Tp g surau dulu wife x asar lagi and terus tggu maghrib baru g beli belah.
Ok..baru masuk citer cermin tingkap..heee
Tgh sibuk membeli belah, dlm kul 7.40 kut, terdengar suara dari kaunter khidmat pelanggan. " Perhatian..pemilik kereta WQR26.. sila alihkan kereta anda, kerana menggangu lalu lintas".Aku yg prihatin dgn suara kat kaunter tuh tertanya-tanya, tuh kete aku tuh..bila plak aku salah parking or halang kete org lain.pelik..pelik..
Nak tak nak turun gak la..apa kes ni..dlm hati..hishh...
keluar je kt tempat parkir( parking xjauh dari pintu masuk) tgk xde aper2 masaalah pung( pandang dari jauh).tgk xde pung kete yg xleh kuar or org duk tggu kt kete ker..aku salah dengaq ka td..hishh.. so g gak la dekat-dekat utk kepastian..tgk2 cermin tingkap sebelah kiri belakang xtutup..ternganga punya la besaqnye..heee..aku pun pikir..mungkin pasai ni kut,...prihatin sungguh saper yg nampak cermin tingkap kete aku yg xtutup tuh.terima kasih la banyak2.aku mmg xperasan cermin tu xnaik kerana wife dh turun awal coz nk kejar waktu asar masa nk cari parking. Dlm kete plak ade laptop(dlm bonet) huhu...
Apa pun nasib baik xde hilang ape2..terima kasih la pada yang prihatin tuh dan juga pada tukang cakap yg pandai bercakap kias-kias mengatakan halang lalu lintas, tapi yang sebenarnya cermin tingkap x tutup.

Kesimpulannya..pastikan kenderaan anda berkunci dan tingkap ditutup supaya shopping anda tak terganggu...heeee

24-09-2011
1108

Rabu, 21 September 2011

Iwan Syahman - Semua Allah Punya



Sesungguhnya semua di dunia ni milik Allah belaka.

21-09-2011
1846

Projek jaga anak

Semalam 20-9-2011 jam 1230 hantar wife ke SK Rahang untuk mendaftarkan diri utk KURSUS PENGURUSAN SPBT SEKOLAH-SEKOLAH NEGERI SEMBILAN. Kursus yg bermula dari
20-22 Sep 2011 bertempat di KL International Hotel,Kuala Lumpur.

.
Bertolak dari rumah jam 12.30 yg turut diikuti oleh rakan wife, cikgu samsul yg menunggu di tepi jalan di Gadong Jaya (kete lain2).Dia xtau jalan, aku lain..dh category expert hahha..(ahad dh usha dulu, tp skali jalan jer..xsesat pung..) Pendaftaran yg bermula jam 1.30 dan sampai di SK Rahang jam 1.15 lebih kurang. Ingat kenapa la nk daftar kt sekolah tuh, rupa-rupanya ade pejabat bahagian kurikulum (kalau xsilap la) berkongsi dgn SK Rahang tu.


Sebelum g daftar singgah makan dulu kt restoran nelayan yg agak terkenal di daerah seremban
ni, kerana pelbagai masakannya.Mmg banyak makanan tp aku pilih lauk daging masak cili api n sayur n cencalok.heee.. xla sedap mana makanannya pung, tp makan berempat aku, wife n wafi n dani kena la RM17.00 leh tahan gk gegenya..hehe..(bos bayar) lgpung sblm mkn usha2 harga2 yg tertera leh tahan gk.udang galah seekor Rm25-30 hehehe..yg lain2 leh blah la...yg best tuh jangek pun ade gak..hohooo...


Dah selesai makan, bergerak la ke SK Rahang yg berdepan dgn restoren nelayan ni, tp yg kena pusing ikut blakang, coz pintu depan nya belah sana.
Sampai, wife terus g daftar n aku duk tunggu dgn wafiy n dani yg sibuk bermain di tepi longkang kt parkir tuh. dan mulut aku menjerit-jerit memanggil budak 2 org tuh takut terlepas pandang kerana bapaknya yg sibuk juga berburak dgn cikgu2 (laki2) yg g kursus n suami yg macam aku hantar bini.heee...
Mcm2 gak sembang, citer pasal kursus cikgu yg sebelum ni jarang diadakan kt hotel2 la, citer sekolah la, citer bas la. dan yg sewaktu dgn nya la..hee.
Sembang,sembang,sembang..bas sampai dan depa sumer berangkat la ke bas utk mencari tempat duduk dan menyimpan beg. Aku pun sama la kena jenjeng bag wife.anak2 dh gembira tgk bas, ingat dpt ikut naik bas la tuh..hee..
On the way nk ke bas..xjauh pung.. dani plak nangis dan tunjuk ke arah bontutnye.. aduyaii.. berak la plak budak neh.. dh la pampes xbawak..aduhhh.. abgnya wafi dh ikut mama dia naik bas dh...siap duduk lg..heee. tp si dani ni plak..aku tahan jgn naik bas..nangis2 dia..bukan ape.kang terbau plak keharuman satu bas tuh.hee..so menangis la dia yg xdapat naik bas..naik sampai tangga jer..
So wife dh naik bas yg belum bergerak lagi. aku pun blah la..dh si dani ni meraung la plak nk ikut mama dia.
mamanya plak x pandang2 ke luar lg dek sibuk sembang dgn kawan lama kt maktab yg berjumpa sebelum naik bas tuh.So bergerak ke kereta tanpa membabai mamanya, si dani meraung2 n abangnya still ok..dh besar n memahami walaupun baru 4 tahun..hee.Dalam kereta..tak bukak aircon la..hee.. terus gerak umah along kt seremban 2, coz nk cebok si dani n amik pampes anaknye..hee..


So bermula projek aku menjaga 3 org anak yg masih kecil-kecilan ni wafiy-4,dani-3,amirah-9bln selama 3 hari 2 malam.( mcm bercuti 3 h 2 m la plak). Yg dh besar2 ni ok..yg kecik ni xtau camne ragamnye..ye la sblm ni mamanya je yg jaga..ayahnya sambil2 jerk..hee..
Apa pun alhamdulillah mlm td xde masalah aper..si baby pun xde meragam, cuma dak adik dani jerk yg meraung-raung masa hantar umah nenek(pengasuhnya) pg td sebelum keje. Ingat aku nk g jalan2 kut pasal bawak kete..selalu naik moto.
okeh.. ade 1 mlm g.. sok ptg balik la wife aku tuh..hee..


21-09-2011
1618

Rabu, 14 September 2011

UPSR

Semalam bermulanya Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR). Ujian utk budak sekolah darjah 6 nak naik ke tingkatan 1.Sumer akan naik tp nak naik kesekolah yg berprofil tinggi spt MRSM.kena la dapat yg terbaik 5A.
So kpd yg menduduki UPSR tu hope berjaya menjawab dgn jayanya supaya mendapat keputusan yg cemerlang dan membanggakan ibu bapa memasing.
Kpd anak2 buah aku zack (anak along), fatin (anak abg an (abg ipar)), qila( anak sepupu(mimi) dan sesapa yg aku kenal amik UPSR neh harap kome sumer tenang menghadapi peperiksaan dan mendapat keputusan dgn jayanya.


So kpd yg menduduki UPSR tu hope berjaya menjawab dgn jayanya supaya mendapat keputusan yg cemerlang dan membanggakan ibu bapa memasing.



Teringat aku masa amik UPSR tahun 1986 kat Sek.Keb. Undang Johol Negeri Sembilan. masa tuh dapat la 3A 2B ntah apa yg dapat A dan B tuh aku pun dh lupa.kena bukak file la baru tau..hee..rasa macam ade simpan lg..


14-09-2011
1505

Open house

Baru lepas dari makan di majlis hari raya Kastam Diraja Malaysia di KLIA.majlis yg dikongsi bersama Malaysia Airport, AFAM, MASkargo,KLAS Kargo,Pos Malaysia,Dagang Net dan beberapa lagi syarikat yg xperasan saper.Majlis yg bermula agak lambat kerana menanti ketibaan pengarah kastam yg dijadualkan pukul 11 pagi tp lewat sampai kul 11.45 kut.
Apapun sebelum majlis bermula khemah cendol sudah pun menjalankan aktivitinye...mungkin panas sgt so org ramai dh beratur mengambil cendol yg dihidangkan. aku pun selit la gk..heee..tp makan lain blum mula g..kata tggu pengarah dtg n bg ucapan baru bleh..
Tggu punya tggu.. habis cendol semanggkuk dan mcm nk tambah lg tp malas nk beratur.pengarah pun tiba.. x tggu ucap pun.. makanan dh diserbu.. biasa la..dh time2 mcm ni..lapar la.. aku cam biasa.. dgn rakan satu opis pozi mencelah di bahagian satay.zap..5 cucuk satay ayam tersambar..ngap ngap..habis..jalan2 cari makan lain plak..jumpa plak kambing. beratur la gak..dpt sambar 3 paket kambing yg dibakar dlm kertas aluminium.pergh..sodap..jilat jari dibuek eh... kono torai kek umah nnti neh..
satay dh kambing dh jalan2 cari makan lagi. apo nk makan g neh...nampak roti jalo..torai..poso maghin xghaso.. xla sodap bona..(dh konyang hee..)apo laie.. mee hon,mee kasar.. bodal..badan raso semacam gk..sib baik air oren yg ditaja kastam jd pembileh eh..heee.
jalan2 cari makan g..tgk nasi briani plak.. pergh..beratur panjang tuh..dh la..xlarat nk beratur dh.. balik ajo la..heee





apo pun terima kasih la pado yg membuek majlis td... konyang den. bokal nasi goreng bwk tang ghumah td pun tak makan lagi..huuu..gambar2 neh kiro wek solit yo..bkn gambar maso mkn td.. bukan apo..xsompek nk ambik dh masuk dalam poghut...heee..
sekian...syukur alhamdulillah...


14-09-2011
1307

Selasa, 13 September 2011

wada-ami

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh....






Pernah mencuba blog dahulu, tapi sangkut di tengah jalan kerana kesibukan bekerja dan ketiadaan mood yg sesuai utk menulis.Kali ini mencuba juga lah, dgn penampilan baru, wajah baru dan nama baru utk blog yg baru...


wada-ami di beri nama. Singkatan bg nama2 anak aku yg bertiga tuh Muhammad Wafiy, Muhammad Dani Fakhri dan Amirah Nurfatini, so amik ketiga-tiga nama jadi la wada-ami.
bunyi macam wada tolak ami..haha.. bukan tolak just nak asingkan yg lelaki dan perempuan...heee.


Apa pun nama yg diberi, motif blog ni tercipta, hanyalah utk suka-suka. selain mencari perkara-perkara baik yang akan dikongsi bersama itupun jika ada yg meng follow blog ni..heee..


Tekad hati nk menulis sekerap yg mungkin, itupun jika tidak sibuk dgn tugasan harian.


wafiy & dani

 amirah
Wassalam...


13 Sep 2011
1438