Jumaat, 7 Oktober 2011

Wafiy

Kerana kesibukan kerja, wada-ami terpaksa dilupakan seketika.heee...
Apa pun hari ini kena gak tulis walau sibuk sekalipun..











 10 bulan.
3 tahun 2 tahun lebih


Wafiy.. anak sulong aku yg hari ini genap umurnya 4 tahun. Muhammad Wafiy yg lahir pada
07 October 2007 yg bersamaan 25 ramadhan 1428 hijrah. Lahir di Hospital besar Melaka.
Beliau seorang yg sgt ceria,seperti kanak2 lain yang suka bermain, menonton kartun dan sebagainya.
Beliau seorang yg sgt cepat belajar, umur 2 tahun lebih dh kenal ABC, 123 dan sekarang dah kenal semuanya. Cuma xpandai eja je lg. Tahun depan 5 thn nak hantar ke sekolah, yang pasti bukan tabika kemas dan cuba mencari PASTI atau tadika yg lebih ke arah Islamic.

Dlm pada itu terkenang arwah ayah di mana tarikh lahirnya sama dgn anak ku Wafiy ni. Ayah ku lahir pada 07 October 1948. Masa kelahiran wafiy neh, arwah begitu gembira kerana anak lelakinya mendapat anak pertamanya (aku la) seorang lelaki dan tarikh lahir pulak sama dgn beliau.Habis di jajanya kat kawan2 beliau dan menyatakan cucunya tarikh lahir sama dgn beliau.Namun Allah lebih menyayanginya dan beliau pergi meninggalkan kami pd 17 Mac 2010 sebelum melihat cucu nya si Wafiy ini membesar.
Al Fatihah utk arwah ayah ku Mat Som bin Manap.



Ok..neh Wafiy nye ktiviti-aktiviti harian dia.(kecuali sabtu n ahad n cuti umum)

0745 - 0805: bangun tidur (kena kejut) menyusu
08.05 - 0835: Menyusu (Mamil Gold 4) sambil tgk kartun Dora Explorer kat chanel 612 astro
0840 - 0845: Bergerak ke rumah nenek(pengasuh) naik motor dgn aku..n Dani.
0845 - 1500: berada dirumah nenek (pengasuh) sebelum di ambil oleh mamanya yg balik dari sekolah.
1500 - 1900: berada dirumah. tgk kartun la apalagi, bermain dgn dani n amirah atau tido..
1900 - 2300: masih lagi tgk tv, main xpun tdo. bila aku balik confirm ajak aku main sama2 dgn dia..hishh..apa pun dh sudah maghrib baru aku main2 dgn diorang.. biasa la badan aku kena jadi kuda la apalagi..hii..
dan yang pasti klu siang dh tdo..mlm lambat la tdonye..aku yg tdo dulu.

Hmm...apa pun hari ini hari lahir beliau.. ingat jap lagi balik keje nk beli la mainan apa2 utk dia..nk beli ape erkkk...
yg pasti apa saja mainan aku beli sumer dia main..
ultraman paling dia suka, keretapi,kereta, ben10 hmm..macam2.

Apa pun sebagai ayah, mahu melihat anak2 nye hidup dlm gembira dan berjaya dlm apa jua.
Insyaallah..selagi hayat di kandung badan, aku mahu pastikan anak2 ku ceria dan berjaya dlm hidup ini.


Selamat hari lahir abang Wafiy...