Selasa, 27 Disember 2011

Amirah Nurfatini

Hari ini 27-12-2011 genap umur anak ku yg ke-3, setahun. Serikandi yg diberi nama Amirah Nurfatini lahir tahun lepas di hospital seremban, negeri sembilan.
Masih lagi belum berjalan, cuma bertatih berpegang pada bende yg boleh membuatkan beliau berjalan.
Rasanya tak lama lagi, jalan la tuh...
Mmmmm....Nak tulis panjang2 xde mood plak.. so cukup la sekadar menulis utk memperingati.Nak potong kek dah buat sabtu lepas (malam) 24-12-2011 sekali dgn anniversary aku dan besdey wafiy n dani dan anniversary mertua yg ke 41 (25-12-2011) rasanya.. heee...
Apa pun harapan aku, anak ku ini akan menjadi wanita yang solehah bertakwa dan beriman pada Allah SWT.
berilmu dunia dan akhirat dan menjadi harapan pada keluarga, agama, bangsa dan negara.. Insyaallah..

Selamat hari lahir baby... Amirah Nurfatini.

Sabtu, 24 Disember 2011

Ulang tahun yang ke-7 ( Azlan Syah & SeriNor Dalila )


Hari ini 24-12-2011 bersamaan 29 Muharram 1433 hijrah adalah hari ulang tahun perkahwinan dgn isteri ku Serinor Dalila Bte Md Derus. Ulang tahun yang ke 7 di mana 24-12-2004 lepas asar aku di ijab kabulkan. :)
Perkenalan selama 2 tahun kami di merterai dgn perkahwinan dan majlis yg sederhana tp penuh gemilang meraikan kami berdua.25-12-2004 majlis di rumah isteri dan
26-12-2004 di rumah ku dan lebih menyayatkan hati, kami gembira tp saudara kami di malaysia, indonesia, dan lain2 negara di landa malapetaka di mana tsunami yg begitu dasyat sekali menimpa mereka. Allahuakbar..!! dan setiap tahun ulang tahun perkahwinan ku mesti mengingati peristiwa sedih itu.Semoga roh mereka yg beragama Islam di rahmati Allah SWT.



Al-hamdulillah.. 7 tahun perkahwinan kami di kurniakan 3 orang anak 2 lelaki dan 1 perempuan. Muhammad Wafiy-4 , Muhammad Dani Fakhri-3 dan Amirah Nurfatini- 1 (27hb ni). tahun depan Wafiy dh nak ke sekolah 5 tahun. Sekejap aje masa berlalu. 
Resam rumah tangga, sumer ade, gembira, sedih, gaduh, dan macam2 dugaan, namun aku hadapi dgn sabar dan memohon doa agar rumah tangga ku ini di lindungi dan di rahmati Allah SWT.

Rasanya cukup la kut utk kali ini, bukan apa keje byk dan idea pung xde hehe.. :)
dan kpd yg membacanya hope doakan kebahagian kami dan hubungan ini berkekalan hingga ke akhir hayat.. Insyaallah.. 

Terima kasih.. 


Selasa, 13 Disember 2011

Dani Fakhri

Lama tak menulis...kesibukan kerja membuatkan aku lupakan sekejap blog yg tak berapa best ni.
Apa pun hari ini paksa jugak tulis kerana hari ini hari lahir anak aku yg no 2 Dani Fakhri yg genap 3 tahun umurnya hari ini.

Dani Fakhri, nama diberi lahir pada 13 disember 2008 jam berapa aku dh lupe..hee.. lahir di hospital seremban.
Dani yg kalau ikutkan belum cukup waktu kerana ketika baru berusia 7 bulan kandungan org rumah nak jugak keluar kerana xsabar nk tengok dunia agaknye..hee..
Seingat aku jam 10 am (sabtu) wife call kerana sakit sgt lagipun subuh tuh dia dh sakit, tapi aku g keje gak kerana ade keje.Balik dgn segera, ade mak lang jiran sebelah dan bidan. mereka suh gak g hospital..
So aku bawak wife g spital semban dan memecut dgn lajunya sambil bukak double signal.. 1/2 jam sampai.. hee.. kalu ikut kan 45 baru sampai...tp langgaq aje lampu merah.. emergency katakan..
Sampai di kecemasan.. org hospital tolon hantar ke wad bersalin. aku g carik parking la..huu..(dh la parking payah kat spital tuh).
dah parkir, g daftar n jumpa doktor dan doc kata kena kuarkan juga tp berisiko skit, aku kata ok aje.. dan berserah saja. kalau xsilap aku kul 3 ke 4 si Dani tuh keluar. kecik aje.. huu.. tp alhamdulillah.. dua-dua selamat dan sihat, cuma dani kena masuk dlm cermin tuh ..ntah bape lama aku lupa.. seingat aku 3 mggu gak kut.ye la..pasal dia kuar tak cukup bulan.

 Apa pun sekarang dh umur 3 tahun, manje bukan main, cuma setahun 2 kali mesti refer g hospital pakar di semban.
Kurus aje, makan nasi tak nak..huu.. kalau g spital mesti kena marah dkt doc kerana berat tak naik-naik.. 11 kg. jer..

Apa pun hari ini besday dia yg ke 3 tahun. moga anak ku ini menjadi anak yg soleh, beriman dan bertakwa pada Allah dan berilmu di dunia dan di akhirat.