Selasa, 28 November 2017

Bengkel Asas Pembinaan BLOG




27-11-2017 bersamaan hari Isnin.

Pagi ni tak kerja, pergi KL bersama wife untuk menghadiri bengkel asas pembinaan Blog untuk pendidikan yang dikelolakan oleh Cikgu Tan CL.Bengkel ni diadakan di Asia Pacific University (APU) Kuala Lumpur.

Walaupun bengkel ni utk guru-guru, namun dibuka juga untuk orang luar bagi mencukupi kuata 100 orang. tapi kebanyakan nya cikgu-cikgu la. saya kalau ikutkan malas nak join, tapi wife dah daftarkan dan dia minta temankan sambil menjadi telinga bagi dia.. hehhee... beliau kureng skit IT ni.. so saya la yang kena ajar.. hehhee.. nevermind..

Selepas hantar anak-anak ke rumah pengasuh, kami bergerak dan naik highway dari tol nilai lebih kurang jam 8.15 pagi, bkn jauh pun, 20 minit dah sampai ke destinasi, biasa la pagi-pagi jalan sibuk la skit, naik KL kan.. orang nak g keje. lagipun APU tuh selepas tol sungai besi aje. so memang dekat dan tak perlu tempuh jem di KL tuh. Peserta yang hadir, ada dari utara, selatan dan timur malaysia.





Aturcara program:
8.30 : Pendaftaran
9.00 : Bngkel Bermula
12.00 : Lawatan sekitar (APU)
1.00 Makan tengahari.

Sampai aje sana, terus ke tingkat 6 di auditorium 2. pada mulanya akan di adakan di auditorium1 di tingkat 3, tapi terpaksa di tukar atas sebab2 tertentu. semasa pendaftaran, dapat la pen, note book and planner. oh lupa, bengkel ni pembayarannya hanya RM60 seorang dan pastinya murah dan tempat yang terbaik di sediakan. dalam pada itu, ade 7 penaja yang menaja bengkel ni. antaranya Mobile Book Cafe, karangkraf dan yang lain tuh lupa la.. kami juga mendapat macam2 lagi cenderahati, memang berbaloi pergi, cenderahati dapat, ilmu pun dapat... hehhe.. terima kasih daun keladi.. hehhe


Peserta di minta membawa sendiri, laptop, extension plug dan  wifi sendiri, kata penganjur dalam group telegram yang ditubuhkan. walaupun ada wifi percuma di sana, tapi macam tersekat-sekat, jadi lagi baik pakai wifi sendiri. nasib baik baru topup malam tadi.. hehhee.. tapi yang jadi masalahnya pagi tu, bila nk on laptop tak boleh plak. aduii.. laptop dah lama tak pakai dan rosak, hantar g repair, dan masalahnya tak boleh pakai bateri dan kena direct terus pakai plug. aduyaii... jem la.. tapi saya tak kisah, buka pakai telefon pun boleh. lagipun saya dah ade blog sendiri dan tahu la serba sedikit tentang blog ni. jadi just tolong wife bina blog dia aje, dan sambil2 tgk blog dalam telefon.

Walaupun sudah ada blog sendiri, namun dapat juga menambah sedikit ilmu dari Cikgu Tan, di mana blog beliau di lawati oleh 100 ribu orang sebulan . wow.. memang banyak, dan beliau juga mendapat jana pendapatan dari blog yang beliau hasilkan. di mana beliau telah dihubungi oleh pihak Goolge dan mendapat pengiktirafan dan pendapatan dari blog yang dimilikinya.  itu yang dengar tuh.. hehhee.. apapun saya punya blog cap ayam aje.. nak cuba wat cap unta plak.. hehhe..

apapun blog macam dah slow, tapi sebenarnya blog la satu tempat untuk kita menyimpan segala data dan document dan menjadi panduan bagi mereka-mereka di luar sana. semua sumber ada dalam blog ni, dan kita berterima kasih pada penulis blog kerana apa yang kita cari, penulis blog ada tulis dalam blog-blog mereka,.


Walaupun penerangan beliau sangat laju, namun beliau mengulanginya jika kita tidak paham, terima kasih cikgu tan. ilmu yang bagus di kongsi bersama. peserta-peserta nampaknya gembira dan rasa macam tak puas dengan bengkel ini dan harap ada lagi bengkel seperti ini. walaupun peserta di hadkan ke 100 orang, namun hanya 46 saja yg hadir kalau tak silap saya. ini kerana ada yang terpaksa menjaga kertas periksa SPM yang berakhir hari ini dan juga masalah-masalah lain.

Di akhir bengkel, ade lagi hadiah yang diberi melalui cabutan bertuah, saya pun bertuah dan dapat la sebuah buku, rasanya la.. tak buka lagi pun.. ahhaha.. dan yang paling bertuah ialah cikgu kalye chelvy yang mendapat beg tangan bonia dari pihak penganjur. untung la.. hehhee..



setelah tamat bengkel, kami di bawa ke sekitar universiti dan di beritahu, bukan semua orang boleh masuk ke university ini, dan kami bertuah kerana dapat menjejaki universiti ini. dan seterusnya menjamu selera di cafe dan majlis berakhir dengan jayanya.

sekian n jumpa lagi...




http://cikgutancl.blogspot.my/









Tiada ulasan:

Catat Ulasan