Bila dengar, memang gerunlah.. heeheee...
sebelum cerita panjang, EP ni lama dah beli masa raya puasa hari tuh. beli dengan Icam Panzerfaust ketika bertandang ke rumah beliau utk berhari raya. dapat dengar masa bila.. masa nak otw ke gig Dangerous meeting di kajang bulan lepas. heee.. punya la lama simpan kasi jeruk.. hampeh tul..
bz sebenarnya.. projek byk raya ritu....
Memang berbaloi membeli EP Bangkit dari Neraka ni. kesemua 5 lagu nya menarik didengari,berulang kali mendengar pun tidak bosan. Tahniah Hellishlinthar kerana menghasilkan material yang mengkagumkan dan mendatangkan keinsafan bila mendengarnya.. hahhaa... Teruskan lah menghasilkan karya-karya yg terbaik. kekalkan momentum ini dan terus maju ke depan.

Mempunyai 5 lagu, termasuk bonus track dan dikeluarkan oleh 1784 Purunistic Records. Hellishlinthar ternyata dari kelas tersendiri, recording yang sangat baik dan seketul-seketul kuar bait-bait indah ke halwa telinga. Lirik mereka jelas dan penceritaan yang menarik. Boleh di kata kan music mereka ke arah black metal era 90 an. Aku suka black metal yang bermelodi, bila dengar seperti kita di awangan..melayan perasaan dan menusuk jiwa bila mendengarnya.
Nak review satu-satu lagu mereka,aku tak pandai, nak citer rif gitar berpasir ke berdengung ke pun tak pandai, yang tau sedap ke tak sedap lagu tuh bleh la.. hehhehe..
kalau di beri bintang, aku akan beri 5 bintang utk EP Bangkit dari neraka ni. tak rugi membelinya. cuma aku tak berkenan sangat dengan font yang digunakan dlm layout mereka,susah nak baca, zaman remaja dulu boleh la baca, tapi dah berumur ni. memang kelabu biji mata.. hehhee...

apapun aku puas hati dengan EP ni dan berulang kali mendengarnya.
tidak pasti, masih ada lagi ke tidak EP ni dijual.
boleh cuba cek dengan mereka di link FB Hellishlinthar.
https://www.facebook.com/hellishlinthar.msl.82/
kingxlan
selasa
07-11-2017
Tiada ulasan:
Catat Ulasan