Isnin, 18 Disember 2017

Hero Sejati

Perkataan berkhatan berasal dari perkataan 'khitan' iaitu potong.  Kebiasanya ianya juga disebut sebagai 'sunat'. Ini digunakan untuk menunjukkan bahawa ianya dilakukan sebagai 'kebiasaan' pada zaman Nabi Ibrahim A.S.

Menurut kitab Fathul Mueen, berkhatan adalah wajib bagi lelaki dan perempuan. Walaubagaimanapun ada juga sebilangan besar ulama' berpendapat bahawa berkhatan untuk wanita hanyalah sunat. Ini mungkin sebabnya mengapa berkhatan dikalangan wanita tidak diamalkan sepenuhnya.

11 Dec 2017 isnin. 2 anak bujang aku telah menjadi hero sejati di mana mereka berdua telah pun disunatkan @ khatan. Pada mulanya merancang nak sunat si abang saja, namun adiknya tidak mahu mengalah dan mahu turut serta bersunat sekali... aduyai.. yang parok kena kuar modal lebih dan menjaganya la.. hahha.. xpe la.. buatkan aje. senang..




Appointment jam 10 pagi di klinik Zahran yang beroperasi di banyak cawangan dan aku memilih nilai. hanya appointment melalui aplikasi WhatsApp aje.. jam 9.15 dah gerak, kami berempat aje yang anak dara 2 org lagi tinggalkan kat rumah pengasuh. sampai di klinik Zahran nilai, isteri dan anak2 turun pergi mendaftar. tapi berlaku sedikit masalah, di mana di nilai hanya buat hari ahad saja, dan tiada nama anak plak disitu, setelah menunjuk appointment di aplikasi WhatsApp, baru mereka cakap, appointment tuh sepatutnya di bangi dan bukan di nilai.. laaa.. nape depa xbgtau dan aku plak tak tanya.. hehhee.. nasib baik bangi tuh xjauh mane. aku terus gerak ke bangi melalui highway plus dan kebetulan selangor cuti sempena birthday sultan selangor. jadi jalan lengang la.

Sampai di sana lebih kurang jam 11. wife terus mendaftar dan mengambil no giliran. tidak ramai masa menunggu giliran. rasanya yang ke dua je kut. abang nya Wafiy masuk dahulu... dah agak, meraung saja... hahha... adiknya pula Dani Fakhri, dah kecut perut kt luar bila dengar abangnya meraung.. hahha.. bila giliran adiknya, setakat nangis saja, meraung tu xde.. hehehe... kuat adiknya dari abang.. haha.. apapun tahniah pada mereka berdua, sudah bleh join orang dewasa.. kehkehkeh...
lepas je selesai, dah tak nangis lagi.. ubat bius ade lagi.. lepas abih bius.. hah.. tahan sakit ko.. nangis dlm kereta. apapun bg dulu ubat tahan sakit, takut mereka tak tahan nanti. ye la, perjalanan balik yang agak jauh, dari bangi ke LBJ.. kalau nilai dekat la.. hahhaha..

selesai sudah, jadi raja la mereka kat rumah, kejap2 nak tu nak ni... hohoho...
apapun semoga mereka berdua menjadi insan berguna di dunia dan akhirat.

kingxlan...






Rabu, 13 Disember 2017

ART APPRECIATION



Hari  sabtu, 09 dec 2017.  bawak ank pergi menuntut ilmu art dekat balai seni visual Kuala Lumpur
program yang di buat oleh  saudara fathul yang juga sahabat alam maya dan sahabat dalam dunia underground.
di kaki lima tingkat 3 balai seni
Program yang dibuat setiap hujung minggu dalam cuti sekolah, sabtu dan ahad. Program bermula jam 10 dan berakhir jam 12 tghari. Bayarannya ialah rm50 seorang utk 2 hari atau yang tidak berkesempatan boleh datang sehari dengan bayaran rm30.



walaupun hanya basic melukis yg di ajar, namun teknik dan pengalaman beliau memberi motivasi pada anak2 utk melukis. walaupun hanya di kaki lima di tingkat 3 bengkel tuh berlangsung, ianya berlangsung dgn meriah dengam kehadiran 10 ke 12 org anak2 yg berminat.
Dalam pada itu, bengkel ini di buat di balai seni ini kerana mahu mengambil aura seni yang terdapat di balai ini dan menyerap ke anak2 yg hadir kata saudara fathul.
antara yang hadir pada sabtu

kusyuk
3 anak aku wafiy, dani dan amirah memang suka melukis. kat rumah abis dinding dilukis oleh mereka. hehehe.. masa kecil2 dulu la.. ketika mereka mengikuti bengkel, aku tidak melepaskan peluang melihat pameran yang ada di situ. kebetulan ade KL BIENNALE 2017  @ Alami Belas (Be Loved) di mana pameran yang lebih kepada be loved humanity, be loved animal, be loved nature, be loved spirituality etc.. pameran ni bemula 25nov 2017 dan berakhir 31 mac 2018. sangat menarik dan ianya percuma. berminat boleh aje pergi ke balai seni negara yang berada di KL di mana bersebelahan dengan istana budaya, dekat dengan hospital kuala lumpur,IJN dan  perpustakaan negara.

ok itu saja perkongsian kali ini. bengkel habis jam 12 lebih. terima kasih pada brorher fathul. 1 hari aje dapat bersama, kerana esok ade urusan lain huhu.. kenduri kawen byk cuti2 ni kan.. harap dpat ikuti program ni lagi.
sesiapa yang bermjnat boleh la contact brother fathul. ada 2 minggu lagi bengkel ni



bersama brother fathul
⚠️⚠️⚠️ART APPRECIATION Session with Uncle Fathullah Luqman Yusuff
💜💜💜BALAI SENI VISUAL NEGARA
💜💜💜ESOK DAN LUSA TAU====> SABTU DAN AHAD HUJUNG MINGGU NI..
🕜🕜🕜 9th and 10th of December
🔴🔴🔴10.00 PAGI Sampai Pukul 12.00 Tengahari
💜💜💜50.00 Termasuk art materials untuk session 2 hari setiap ujung minggu Sabtu Dan Ahad
⚠️⚠️⚠️(bagi yg hanya Boleh datang Salah satu hari 30.00)
🕜🕜🕜Please Please Please Try Datang Both Days To Really Benefit From The Workshop
control macho
Next Classes ===>
🕐🕐🕐 16th and 17th of December
🕜🕜🕜23rd and 24th of December
⚠️⚠️⚠️0166723227 whatsapp/SmS/Call fathul
🚒🚒🚒www.wasap.my/60166723227/artsession


https://www.facebook.com/fly1972
tel / whatapps : 016-672 3227


sekian terimakasih..

kingxlan.

yehaaa..

 Antara karya yang terdapat masa pameran KL Biennale 2017