Pengertian Badal Haji
Badal ertinya 'ganti ' , 'pengganti ', atau yang ' digantikan'. Oleh itu Badal Haji adalah 'menggantikan orang lain dalam melaksanakan ibadah haji kerana adanya halangan tertentu seperti penyakit ,usia tua (uzur) atau kematian bagi melaksanakan kesemua Rukun Islam. Seperti yang dimaksudkan dalam Surah Al-Imran ayat 97:
Maksudnya: " Disana terdapat ayat-ayat
yang jelas dan ada makam Nabi Ibrahim,dan sesiapa yang memasuki nya
amanlah dia.Hanya untuk Allahlah kewajipan haji atas manusia ,iaitu bagi
sesiapa yang mampu melakukan perjalanan ; dan sesiapa yang kafir
(engkar) sesungguhnya Allah Maha Kaya dari seluruh semesta alam."
Apabila badal haji dilaksanakan dengan sempurna, kesemua pihak yang terlibat samada yang mengeluarkan belanja atau mengerjakanya akan beroleh ganjaran pahala dari Allah SWT.
Dari Ibni Abbas berkata, “Sesiapa yang mengerjakan haji bagi pihak orang yang meninggal dunia maka ditulis bagi orang yang meninggal dunia satu haji dan orang yang mengerjakannya mendapat tujuh haji”.. Dalam satu riwayat lain,” Dan bagi orang yang mengerjakan haji tersebut akan terselamat dari api neraka”. ( Hadis riwayat Abu Zar)
Wallahu `Aalam…
![]() |
sijil badal haji |
Diuruskan oleh sahabat baik arwah ayah dulu haji kamarudin dimana beliau ada menguruskan syarikat travel utk umrah iaitu syarikat Juara Travel. sebelum ni beliau menguruskan syarikat Andalusia yg juga beroperasi di tampin n.sembilan. dengan modal rm2200 dapat la kami sekeluarga menyempurnakan haji utk arwah ayah.
hanya ini yang mampu kami hadiahkan utk mu ayah. semoga haji yang dibuat oleh org yg diberi amanah sempurna dan diterima oleh Allah SWT.
Teringat masa ayah masih ada, beliau sering di panggil haji oleh rakan2 dalam parti PAS yang tidak mengenali beliau. ye la, penampilannya yg sering berkopiah putih membuatkan beliau seperti haji. tak tahu la perasaannya mcm mana masa tuh.. tgk dia selamba ajer.. bg yg mengenali pasti tertanya tanya, bila masa plak arwah ni pergi haji. hehehe.. apapun haji ni hanya gelaran. ade org sukakan gelaran tuh dan ade juga yg menyembunyikannya. semua tuh atas diri masing2. ade yg dh pergi haji tapi perangai tak berubah juga dan ada juga yg berubah menjadi yg lbh baik. tapi susah sgt nk jumpa org yg dh pergi haji menjadi lbh baik dari sblmnya. wallahualam...
apapun arwah ayah dh ade haji. hehehe.. Haji Mat Som bin haji Manap. kami gembiara dan harap lepas ni mak dpt menunaikan haji pulak. walaupun mak dah jejak kaki ke sana mengerjakan umrah, tp beliau pasti mahu pergi tunaikan haji plak.. harap ade panggilan utk mak ke sana nnti.
sekian saja, just berkongsi cerita dan tiada niat utk menunjuk nunjuk... sambil tuh nak promote kepada kwn2 yang nk buat badal haji. boleh la contact tuan haji kamaruddin di talian
013-392 2378 .. atau klik FB beliau utk pertanyaan. https://www.facebook.com/kama0248
InsyaAllah beliu boleh membntu..
![]() |
mak & arwah ayah |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan