Perkataan berkhatan berasal dari perkataan 'khitan' iaitu
potong. Kebiasanya
ianya juga disebut sebagai 'sunat'. Ini digunakan untuk menunjukkan
bahawa ianya dilakukan sebagai 'kebiasaan' pada zaman Nabi Ibrahim A.S.
Menurut kitab Fathul Mueen, berkhatan adalah wajib bagi lelaki
dan perempuan. Walaubagaimanapun ada juga sebilangan besar ulama'
berpendapat bahawa berkhatan untuk wanita hanyalah sunat. Ini mungkin
sebabnya mengapa berkhatan dikalangan wanita tidak diamalkan sepenuhnya.
11 Dec 2017 isnin. 2 anak bujang aku telah menjadi hero sejati di mana mereka berdua telah pun disunatkan @ khatan. Pada mulanya merancang nak sunat si abang saja, namun adiknya tidak mahu mengalah dan mahu turut serta bersunat sekali... aduyai.. yang parok kena kuar modal lebih dan menjaganya la.. hahha.. xpe la.. buatkan aje. senang..
Appointment jam 10 pagi di klinik Zahran yang beroperasi di banyak cawangan dan aku memilih nilai. hanya appointment melalui aplikasi WhatsApp aje.. jam 9.15 dah gerak, kami berempat aje yang anak dara 2 org lagi tinggalkan kat rumah pengasuh. sampai di klinik Zahran nilai, isteri dan anak2 turun pergi mendaftar. tapi berlaku sedikit masalah, di mana di nilai hanya buat hari ahad saja, dan tiada nama anak plak disitu, setelah menunjuk appointment di aplikasi WhatsApp, baru mereka cakap, appointment tuh sepatutnya di bangi dan bukan di nilai.. laaa.. nape depa xbgtau dan aku plak tak tanya.. hehhee.. nasib baik bangi tuh xjauh mane. aku terus gerak ke bangi melalui highway plus dan kebetulan selangor cuti sempena birthday sultan selangor. jadi jalan lengang la.
Sampai di sana lebih kurang jam 11. wife terus mendaftar dan mengambil no giliran. tidak ramai masa menunggu giliran. rasanya yang ke dua je kut. abang nya Wafiy masuk dahulu... dah agak, meraung saja... hahha... adiknya pula Dani Fakhri, dah kecut perut kt luar bila dengar abangnya meraung.. hahha.. bila giliran adiknya, setakat nangis saja, meraung tu xde.. hehehe... kuat adiknya dari abang.. haha.. apapun tahniah pada mereka berdua, sudah bleh join orang dewasa.. kehkehkeh...
lepas je selesai, dah tak nangis lagi.. ubat bius ade lagi.. lepas abih bius.. hah.. tahan sakit ko.. nangis dlm kereta. apapun bg dulu ubat tahan sakit, takut mereka tak tahan nanti. ye la, perjalanan balik yang agak jauh, dari bangi ke LBJ.. kalau nilai dekat la.. hahhaha..
selesai sudah, jadi raja la mereka kat rumah, kejap2 nak tu nak ni... hohoho...
apapun semoga mereka berdua menjadi insan berguna di dunia dan akhirat.
kingxlan...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan