Rabu, 29 November 2017

PURUNISTIC BLACK SYMPOSIUM ( PART II )






Kesibukan semestinya menjadi penghalang. Walaupun sudah agak 2 minggu telah berlalu, namun aku tetap meneruskan review gig Purunistic Black Symposium part II. setelah part I telah pun di keluarkan pada 16 November yang lalu. Biarlah ia lambat sekalipun, namun kenangan itu tidak akan dilupakan dan akan sentiasa tersemat dalam blog ini sampai bila-bila pun.. hehehe...

Pernah sahabat berkata, kalau dah terjebak dalam dunia metal ni, dah tak boleh berhenti. mesti merinduinya semula. itu yang berlaku pada aku, lama tak mengikuti dunia metal ni. lebih-lebih lagi Black Metal. tapi perasaan tuh kembali semula, mungkin sebelum ni lebih menumpukan pada keluarga dan kerjaya dan sekarang anak2 pun dah membesar dan kerjaya pun dah ok, jadi tak banyak nak pikir lagi, jadi terjebak la balik ke dunia metal ni.. hahhaa...


Neftaraka




Neftaraka
Kita sambung semula ke part II Purunistics Black Symposium yang berlangsung pada 11-11-2017. kita mulakan dengan band yang ke-6 . Band dari ipoh, Neftaraka. salah satu band yang nk aku tgk hari ni. antara band yang sudah lama berada dalam scene underground. Aku pakai baju Neftaraka masa gig PBS ritu, (saja nk kabo) hhehhee..Mereka yang hadir agak lewat kerana masalah perjalanan, tidak menghampakan penonton yang hadir hari ini. persembahan mereka nyata menghiburkan. penampilan bercorpse pint juga mereka petang ini dengan vocal mereka menyimbah mukanya dengan darah kambing.. ganas betul abang faizul kita ni.. hahha.. gimik ajer.. pewarna merah sebenarnya.. agaknya la.. kalau darah kambing xtau la kan.. hhaaha.. apapun neftaraka memang padu dan kejam persembahan mereka memulakan aksi dengan Intro (freezing moon - cover mayhem) tapi sekerat jer.. heee. lagu seterusnya Forgotten yang di petik dari EP mereka raw Ist law kemudian Abandon dari EP Revelation of Suppressiondan The knoll EP Raw Ist law. Para crowd yang dari td masih tidak berganjak terus headbanging melayan lagu dari neftaraka.  aku mcm biasa, duk blakang ajer.. mmg nak ke depan memang dh penuh. para crowd memang tak berganjak.  yela ni band last sebelum rehat jam 7.00 nanti. persembahan merek tamat dlm 7 lbh sikit. azan maghrib dah berkumandang dah. hehhe.. 2 lagu terakhir dari neftaraka, mereka membawa cover wolves of blood & iron (cover satanic warmaster) dan Sex & Roll (Death Resist.
Neftaraka

Tamat persembahan, semua keluar ke destinasi masing2. makan ke, solat ke, atau ikut suka mereka la.
aku lepak2 jap kt bawah dan ada juga yang ajak g mkn. tapi tolak.. aku pergi bank islam kt hujung tuh. nk kuar duit, nk bli apa yg dijual kt dlm.  pastuh terus g ke metro kajang berseorangan aje. aku memng suka jalan sorang2 pasal bebas nk ke mana. lps tuh g mkn satay... hehe..





Asmodeus



Asmodeus
kembali dari rehat, band dari sabah memulakan aksi. Asmodeus yang juga ahlinya 2 org aje. memang gempak band ni. puas hati betul menyaksikan persembahan mereka. musik yang mantap dan suara yang jelas serta kejam membuatkan para crowd semakin mengila. walaupun berdua, asmodeus memang mantap. tak sia2 pihak penganjur membawa mereka ke PBS kali ini. berbaloi  betul. aku siap beli cd asmodeus hari itu.cuma belum berkesempatan mendengarnya.. hahaha.. asmodeus mlm tu memulakan aksi dengan membawa lagu dari EP dan demo tahun 2012. lagu-lagu seperti Sinner in circle, Blasphemy of hate, Sodomize by Satan, 666 dan Blasphemer ov Bethlehem.  
Asmodeus
memang gempak persembahan mereka, vocal mereka Stiv yang tidak berbaju malam tuh nyata berpuas hati dengan persembahan beliau, katanya beliau mendengar sendiri nyanyian yang di bawanya di gig PBS ni berbanding di gig-gig yang lain. Asmodeus mengakhiri persembahan mereka dengan 2 lagu cover iaitu Crushing the scapter(gorgoroth cover) Fiisfucking god planet(Marduk cover). ko memang hebat Stiv n Asmodeus. mantap dan bersahaja ko mengkucar kacirkan crowd yang hadir.harap ko boleh datang lagi ke semenanjung buat persembahan. Para organizer gig, anda boleh panggil Asmodeus untuk beraksi kerana mereka memang band yang mempunyai kualiti yang sangat mengkagumkan. 
Nosferiel


Nosferiel

Ok kita tutup Asmodeus, seterusnya band dari pantai timurTerengganu Nosferiel. Band yang di anggotai oleh 4 jejaka kacak belake, peramah, dan sgt friendly dan di ketuai oleh Danyel, Duan, Nazro dan hafiz.  aku pernah tengak mereka beraksi, memang power band ni. vocal dia duan, memang mempunyai suara yang keras dan mantap.sebab itu beliau selalu di jemput menyanyi oleh band lain utk menyanyi bersama.  okeh..kita tinggalkan Duan yang kacak tuh. 
Duan Thrash

Nosferiel band Black/Death metal malam itu membawa 6 lagu seperti, Myrmidonian angel war, Bloodsucking vandal, Infernal spell, Blood raven dominia, saturnus empyrium dan Merciless  deamonskullsplitter.  
 kesemuanya dari compilation2 yang mereka sertai. aku masih menunggu mereka release material baru nak gak sambar,tapi mereka masih lagi berahsia nampaknya. hahhaa... mengenai, crowd yang hadir, mereka nyata support band Nosferiel walaupun keletihan, mereka respek dengan duan yang sgt peramah dan friendly. beliau tidak lokek bergambar bersama-sama dengan kawan-kawan. 


DEAD
Seterusnya, band dari pantai timur juga, dari Pahang. band Dead atau IV VI IV. band yang penampilannya berjubah hitam dan corpse paint ni di jemput last minit setelah band Atrocious dari Johor menarik diri kerana masalah ahli di mana slah seorang dari ahlinya mengalami kemalangan jalan raya dan patah tangan. harap saudara Azmi Atrocious cepat sembuh dan boleh beraksi semula. 
DEAD

Dead memulakan aksi dengan lagu dari album mereka hening kelam.The inferi    dan malam itu dead membawa semua lagu baru mereka yang masih belum keluar lagi. lagu-lagu seperti Kabus, Ruh, A Curse. persembahan dead memang bersahaja, rilek and steady. manakala para crowd pula masih tidk berganjak dan terus berhead banging melayan  lgu2 dari dead.  
bagi aku dead antara band yang bagus dan lgu2 mereka sgt berkualiti dan tak sabar menunggu material baru dari mereka.
Dead mengakihri persembahan dengan lagu When Dawn Draws Near yang juga lagu baru yg belum release lagi. Terbaik Dead or  IV VI IV.

Dark Nirrajim

Seterusnya band dari ipoh, Dark Nirrajim. band yang ditubuhkan pd tahun 1995. Band yang bergenrekan blck metal. Malam itu mereka beraksi dengan agak baik, tapi masa lagu kedua kalau tak silap.tali gitar bass mereka putus dan terpaks meminjam bass kawan2 lain. tali baru katanya, tapi main ganas sangat kut.. hehehe.. pra crowd masih tidak berganjk walaupun ada diantara mereka


crowd dah letih
sudah penat dan duk bersila di tepi2 dinding.  yang menariknya mlm tu, DN membawa lagu berhantu mereka perjanjian syitan dengan vocalist jemputan dari nosferael duan thrash. walaupun tidak lancar dan terpaksa tengok lirik yg di tulis sendiri. duan thrash berusaha sebaik mungkin bagi menghiburkan para crowd, walaupun tak lancar dan lari tempo, apapun duan memang best, lagu yang memang berhantu bg peminat2 metal ini biasanya dinyanyikan oleh akey mistik. tapi beliau dah tak bersama lagi dan. di kabarkan ini mungkin gig terakhir dari Dark Nirrajim kerana masalah nk bersma sesama mereka. tapi tak tau la.. dengar kabo ajer.. hehee.

Kambing Sakti
Usop
PBS akhirnya smpai ke penghujung. band yang di nantikn oleh pemint metal yang hadir. kambing sakti dari sarawak. band yang jarang beraski di semenanjung atau tak pernah ni. memang sebuah band yang ganas. beraksi dgn corpse paint yang menarik memulakan aski dgn lagu Rotten In Hell dari demo 2011 mereka. aksi yang padu dari Usop and the gang. para crowd memang dah keletihan, namun terus berhead banging melayan lagu-lagu dari Kambing Sakti. band last semestinya para crowd kasi pulun habis. seterusnya lagu Kambing Sakti yang juga dari demo 2011 mereka dan Darkness is Thy Light cover dari band Tulah lagu ke-3 yang mereka bawa malam tu. selepas itu mereka meneruskan aksi mereka dengan membawa lagu dari cover band tersohor Emperor yang bertajuk The Black Wizards. lagu semestinya menarik minat crowd yang hadir dan menjadi lagu jamming bagi band2 black metal di malaysia ni dan lagu terakhir mereka pada malam itu, mereka membawa lagu dari album live mereka tahun 2013 The name ov lucifer namun peminat masih lagi tidak berpuas hati dan mereka mahukan lagi walaupun keletihan sudah terpampang di wajah mereka, Kambing sakti pun begitu juga, namun demi peminat, mereka menambah 2 lagi lagu di mana lagu cover dari  Old man child(Demoniacal Posseion) dan lagu terakhir Fuel for hatred cover dari Satyricon. Persembahan yang begitu mantap dari Kambing Sakti dan memang puas hati melihat mereka beraksi.
Kambing Sakti

Tamat sudah persembahan, semua yang hadir keletihan, namun kegembiraan terpancar di wajah mereka kerana berpuas hati dengan gig Purunistic Black Syposium kali ini. 
Gig yang berjaya menyatukan semua metallers di seluruh malaysia dan semestinya kami mahukan lagi gig seperti ini di adakan dan semestinya mahukan band-band yang terbaik dan mampu memberi kegembiraan kepada peminat yang hadir. 
semoga saudara Icam akan terus mengelolakan gig ini dan menjemput band-band luar pulak beraksi.
sesekali jemput la Gorgoroth ka, Abbath ka, Emperor ka,xpun jemput band pesawah padi Zuriaake. hehhehe...

ok sampai di sini saja, jika ada salah dan silap harap maafkan dan.
semoga kita berjumpa lagi di lain masa. 

majulah metal untuk malaysia....


kingxlan..





Selasa, 28 November 2017

Bengkel Asas Pembinaan BLOG




27-11-2017 bersamaan hari Isnin.

Pagi ni tak kerja, pergi KL bersama wife untuk menghadiri bengkel asas pembinaan Blog untuk pendidikan yang dikelolakan oleh Cikgu Tan CL.Bengkel ni diadakan di Asia Pacific University (APU) Kuala Lumpur.

Walaupun bengkel ni utk guru-guru, namun dibuka juga untuk orang luar bagi mencukupi kuata 100 orang. tapi kebanyakan nya cikgu-cikgu la. saya kalau ikutkan malas nak join, tapi wife dah daftarkan dan dia minta temankan sambil menjadi telinga bagi dia.. hehhee... beliau kureng skit IT ni.. so saya la yang kena ajar.. hehhee.. nevermind..

Selepas hantar anak-anak ke rumah pengasuh, kami bergerak dan naik highway dari tol nilai lebih kurang jam 8.15 pagi, bkn jauh pun, 20 minit dah sampai ke destinasi, biasa la pagi-pagi jalan sibuk la skit, naik KL kan.. orang nak g keje. lagipun APU tuh selepas tol sungai besi aje. so memang dekat dan tak perlu tempuh jem di KL tuh. Peserta yang hadir, ada dari utara, selatan dan timur malaysia.





Aturcara program:
8.30 : Pendaftaran
9.00 : Bngkel Bermula
12.00 : Lawatan sekitar (APU)
1.00 Makan tengahari.

Sampai aje sana, terus ke tingkat 6 di auditorium 2. pada mulanya akan di adakan di auditorium1 di tingkat 3, tapi terpaksa di tukar atas sebab2 tertentu. semasa pendaftaran, dapat la pen, note book and planner. oh lupa, bengkel ni pembayarannya hanya RM60 seorang dan pastinya murah dan tempat yang terbaik di sediakan. dalam pada itu, ade 7 penaja yang menaja bengkel ni. antaranya Mobile Book Cafe, karangkraf dan yang lain tuh lupa la.. kami juga mendapat macam2 lagi cenderahati, memang berbaloi pergi, cenderahati dapat, ilmu pun dapat... hehhe.. terima kasih daun keladi.. hehhe


Peserta di minta membawa sendiri, laptop, extension plug dan  wifi sendiri, kata penganjur dalam group telegram yang ditubuhkan. walaupun ada wifi percuma di sana, tapi macam tersekat-sekat, jadi lagi baik pakai wifi sendiri. nasib baik baru topup malam tadi.. hehhee.. tapi yang jadi masalahnya pagi tu, bila nk on laptop tak boleh plak. aduii.. laptop dah lama tak pakai dan rosak, hantar g repair, dan masalahnya tak boleh pakai bateri dan kena direct terus pakai plug. aduyaii... jem la.. tapi saya tak kisah, buka pakai telefon pun boleh. lagipun saya dah ade blog sendiri dan tahu la serba sedikit tentang blog ni. jadi just tolong wife bina blog dia aje, dan sambil2 tgk blog dalam telefon.

Walaupun sudah ada blog sendiri, namun dapat juga menambah sedikit ilmu dari Cikgu Tan, di mana blog beliau di lawati oleh 100 ribu orang sebulan . wow.. memang banyak, dan beliau juga mendapat jana pendapatan dari blog yang beliau hasilkan. di mana beliau telah dihubungi oleh pihak Goolge dan mendapat pengiktirafan dan pendapatan dari blog yang dimilikinya.  itu yang dengar tuh.. hehhee.. apapun saya punya blog cap ayam aje.. nak cuba wat cap unta plak.. hehhe..

apapun blog macam dah slow, tapi sebenarnya blog la satu tempat untuk kita menyimpan segala data dan document dan menjadi panduan bagi mereka-mereka di luar sana. semua sumber ada dalam blog ni, dan kita berterima kasih pada penulis blog kerana apa yang kita cari, penulis blog ada tulis dalam blog-blog mereka,.


Walaupun penerangan beliau sangat laju, namun beliau mengulanginya jika kita tidak paham, terima kasih cikgu tan. ilmu yang bagus di kongsi bersama. peserta-peserta nampaknya gembira dan rasa macam tak puas dengan bengkel ini dan harap ada lagi bengkel seperti ini. walaupun peserta di hadkan ke 100 orang, namun hanya 46 saja yg hadir kalau tak silap saya. ini kerana ada yang terpaksa menjaga kertas periksa SPM yang berakhir hari ini dan juga masalah-masalah lain.

Di akhir bengkel, ade lagi hadiah yang diberi melalui cabutan bertuah, saya pun bertuah dan dapat la sebuah buku, rasanya la.. tak buka lagi pun.. ahhaha.. dan yang paling bertuah ialah cikgu kalye chelvy yang mendapat beg tangan bonia dari pihak penganjur. untung la.. hehhee..



setelah tamat bengkel, kami di bawa ke sekitar universiti dan di beritahu, bukan semua orang boleh masuk ke university ini, dan kami bertuah kerana dapat menjejaki universiti ini. dan seterusnya menjamu selera di cafe dan majlis berakhir dengan jayanya.

sekian n jumpa lagi...




http://cikgutancl.blogspot.my/









Khamis, 16 November 2017

PURUNISTIC BLACK SYMPOSIUM ( PART I )





Menulis satu kerja yang rumit, banyak perkara yang perlu diambil berat, seperti idea, pengetahuan, pengalaman dan yang penting sekali masa. Jika masa tuh tiada, pasti sukar menyiapkannya jika mempunyai date line. Tapi jika kerjayanya penulis, masa mungkin bukan penghalang bagi mereka, idea pulak yang menghantui mereka. jadi kesimpulannya, menghasilkan yang terbaik dalam penulisan, memerlukan masa, idea dan pengetahuan yang luas dalam segala aspek. hehhee..

Dalam kesibukan harian, aku gagahkan juga nak menulis, dengan masa yang tak berapa nak ada, idea yang datang dan pergi, dan pelbagai halangan lagi. Jadi kerana minat ku teruskan juga menulis review gig Purunistic Black Symposium.


Sebelum menaip panjang, ribuan terima kasih kepada organizer Icam Panzerfaust and staff serta band-band 13 KRIEG, MARADASUTMA, ANTI-R, SINDRAZ, INSULATOR, NEFTARAKA, ASMODEUS, NOSFERIAL, DEAD, DARK NIRRAJIM dan KAMBING SAKTI. tak lupa juga pada semua metallers yang hadir. Gig yang totaly dari dunia black metal ini berlangsung di metal head pot di kajang, selangor. barisan band yang hebat-hebat belaka dan pasti menggegarkan pentas gig hari ini.

111117, satu tarikh keramat, yang pasti memberi seribu satu kenangan buat semua yang hadir di kajang ni. Sambutan yang agak memberansangkan di mana kehadiran dari seluruh pelusok negeri dalam malaysia ni. dari perlis bawak ke johor, dari pantai timur dan juga dari sabah dan sarawak bertemu di kajang utk menghadiri perhimpunan panji-panji dunia kehitaman.. heee.. ayat xleh blah.. apapun di kabarkan sebelum bermulanya gig PBS ni, bapak polisi telah datang membuat pemeriksaan dimana mereka mendapat report yang gig black metal akan diadakan, namun tuan punya venue telah bertindak pantas dan menyetelkan masalah ini dan acara berlangsung dengan amannya..Dalam pada itu, pada waktu yang sama, bertembung lagi satu gig di hard rock kafe melaka yang menampilkan band2 yang hebat juga. namun apa kan daya, masing2 tak mahu mengalah, bagi 2 la peminat pada hari tu. separuh kajang, separuh melaka.apapun aku lebih kepada gig di kajang kerana dekat dan semestinya mahu menyaksikan band2 yang bergenrekan black metal.
13 Krieg


gig bermula jam 3.30 di mana band pertama, band dari Petaling Jaya, 13Krieg. band yang nak sangat aku  tgk. bermula agak lambat skit. di mana lebih kurang jam 3.45 pm. biasa la, na setting lagi, dah jadi lumrah gig, start tidak mengikut jadual yang di janjikan. apapun kita lupakan tuh.

Aku telah pun bersedia dgn band yang berkonsepkan, NS Black Metal dari petaling jaya, 13 Krieg.
mereka memulakan aksi dengan membawa lagu pertama Propaganda dari  rehearsal 2017 mereka. pertama kali melihat live mereka nyata aku terpegun melihat aksi bersahaja mereka. Lagu kedua, Heil Kommand juga dari rehearsal 2017, Vocal mereka Yunus cuba menguasai pentas kecil di metal head pot ni dgn kelincahan dan pergerakan serta vocal yang screamy, menghangatkan lagi petang yang dingin dek hujan di luar sana. Namun dalam kelincahan yunus menyanyi kan lagu, sedikit gangguan dari mirofon yang membuatkan tidak kedengaran suara nyata mencacatkan sedikit persembahan, apapun atok Rizal nyata sibuk dengan peranannya sebagai pembantu technical membantu memperbaiki mirofon di mana wayar nya tercabut rasanya. heheee..  Seterusnya 13 Krieg membawa lagu yang nyata menghangatkan lagi keadaan dengan membawa lagu lama iaitu Under A Funeral Moon cover Dark Throne,lagu favourite neh..hahhaa.. dan lagu terakhir cover juga dari band otai AradiaAs I Am Thy Heir Of The Throne. Atas permintaan ramai, para crowd nyata tidak puas dan mahukan lagi dari 13 Krieg, namun mereka tetap dengan pendirian meraka mahukan menamat persembahan lepas lagu Aradia itu. Apa boleh buat, kami para crowd nyata hampa dan tidak puas dengan persembahan dari 13 Krieg. aku lagi hampa, kerana mahukan lebih lagi dari 13 Krieg dan crowd yang menggila, namun apakan daya, persembahan pertama, crowd masih lagi segan2 dan  belum bernafsu lagi. huhu.. apapun salute to 13 Krieg. hail NSBM..

13 Krieg
Setelah menyisat dengan lebih mendalam lagi, baru tahu kenapa mereka bawa 4 lagu aje, sepatutnya 6 lagu mereka akan bawa, ini kerana mereka menggunakan drummer sessionist aje. kerana drummer asal mereka ada urusan yg tak dapat di elakkan. jadi drummer pinjaman mereka hafal 4 lagu jer petang tuh. Patut aku tengok mereka teragak-agak nak teruskan ker atau berhenti setakat itu aje. Akhirnya, drummer kata stop.. mereka pun stop aje la.. dari main tp lain bunyinya kang, payah plak... apapun yunus and the gang.. anda hebat.

seterusnya band dari melaka bandaraya bersejarah, Maradasutma. band yang sepatutnya relese EP mereka hari ini, tapi terpaksa di tunda ke hujung bulan 11 ni kerana ada sedikit masalah yang tak dapat di elakkan. selain EP, baju juga akan release skali, maka yang dah order tuh. tunggu je la yer...

Goathlordth Record
Dalam mereka tengah setting, aku berundur sekejap ke belakang dan melihat merchandise2 yang di bawa oleh saudagar2 metal. antara yang datang membuka booth Goatlordth Record , MTD Production, garage merch dan lain2

Dalam leka membelek-belek, tengok di hadapan pentas, para crowd dah merapat. Wow.. hebat aura Maradasutma ni.. aku dah xleh nak ke depan mengambil gambar yang jelas. terpaksa plak shot dari jauh aje.. hahha.. ok.. Maradasutma telah memulakan aksi dlm jam 4 lbh. band yang bergenre Melodic eastern black death metal ini membawa lagu yang bakal keluar dlm EP mereka tak lama lagi. antaranya Down into the new era, Warrior of region gate, Jebat Derhaka dan Satanic born. 
Naberious -Bass
Memang menarik lagu2 mereka, persembahan mereka juga tidak kaku dan menghiburkan. para crowd pula semakin bersemangat berhead banging melayan lagu2 dari Maradasutma. Aku je tak head banging.. hehhe.. bkn apa.. memang dh xlarat nak tanggung sakit tengkuk keesokannya hehhe. jadi kita layan hangguk pala perlahan-lahan jadi la.

maradasutma
Ok, Maradasutma ni di anggotai oleh lima bersaudara, hang tuah, hang jebat, hang lekir.. ehh silap..hehhee...  Dak Andy, Dak Iziey - gitar, Dak K - vocal, JK - drummer dan Naberious -Bass. mentang-mentang mereka orang melaka, Dak tuh panggilan utk orang melaka.. hehhee... yang bass plak dah berbelit lidah menyebutnya.. puii.. buh nama senang2 xleh ka... hahhah... (jangan marah abam bass yg encemm.. ) sedikit pengenalan utk Maradasutma. kembali semula kita ke pentas sebenar, lagu terakhir dari mereka nyata menghiburkan para crowd. mereka turut menyanyi bersama, di mana lagu band otai kita Sil Khannaz, Santapan Terakhir Raja Bersiong di dendangkan. lagu yang sangat mudah di ingat oleh peminat-peminat metal. yearghh.. kepuasan nyata terpancar di wajah mereka semua. namun masih lagi belum puas bagi para crowd. mereka mahukan lebih lagi.
maradasutma



Anti-R
Seterusnya band yang dianggotai oleh 2 orang aje. band dari KL Anti-R. Band yang berpaksikan black metal ala the mighty Burzum ni menghangatkan lagi keadaan. hadir dengan corpse paint dan jubah hitam, nyata mereka serious dengan music dan pembawakan black metal mereka. kali ini mereka hadir dengan membawa rilisan pertama mereka, Desecrating The Sanctity Of Religions. yang berminat boleh mendapatkannya. saya sudah dapatkannya... hehe..

Anti-R telah pun bersedia di pentas, mereka memulakan asi dengan intro mereka di mana  kedengaran bunyi loceng gereja yang agak menyeramkan.. wooo... tgk filem orang putih baru tahu bunyi loceng gereja tuh... kalau tak tengok mana tau bunyi apa kan.. hehhe.. intro nya seperti mahu memanggil varg vikernes datang membakar gereja yang buat bising tuh... hahhaa.. tapi memang hari tu aku nampak ramai gak (5-6 org jer,,) pakai baju burzum dan patches burzum di jaket masing2. memang aura burzum menghantui mereka2 di zaman 90an dulu.. termasuk aku. heee..
ok, setelah intro, mereka membawa lagu Screaming of the Dead Gods I dari EP mereka yang baru release dan juga lagu Sorcery of Hatre. persembahan mereka nyata padu dan mantap. walaupun berdua, mereka mampu mempersembahkan yang terbaik untuk para crowd.Lagu terakhir yang mereka bawakan ialah where is all god... yang ini aku tak pasti lagu siapa dan mungkin lagu baru Anti-R.  apapun, penampilan mereka hari itu membuatkan aku terpegun sedikit. ye la. dah lama tinggalkan dunia black metal ini (15 tahun kut) baru 1-2 tahun ni muncul balik dan pergi gig.. hehhe..
memang dah ketinggalan zaman aku ni.
ingat dah takde lagi band2 yang nk corpse paint dan berjubah hitam ala paderi jahat di gig.. hahha.. rupanya masih ada lagi,... pernah tgk DEAD main dgn jubah dan corpse paint di Nilai, tapi Anti-R ni lain macam ganasnye... terpegun gak aku.. hahhaa.. apapun Anti-R hebat anda...


sindraz
sindraz
Ok lupakan Anti-R.. band seterusnya Neftaraka kalau mengikut jadual. tapi mereka sedikit lambat kerana tersekat di jalan raya yang sibuk. jadi band seterusnya Sindraz dari Johor mengambil alih. Mereka hadir berdua aje hari ini kerana bass mereka ade masalah peribadi yang tak dapat di elakkan. Berdua pun power siot... memang puas hati meonton persembahan mereka. Indrazshamikhone dan Rieztuthankanem nyata hebat dan mereka memulakan aksi dengan membawa lagu Demolished of Eastern Jahilliah Cult. persembahan yang begitu menakjubkan, suara yang ala cradle of filth membuatkan aku berasa puas hati dengan persembaahan dari Sindraz ni. Musik mereka mantap dan jelas walaupun berdua. Bagi aku Metal head pot ni memang tempat yang menarik kerana, kawasannya tidak lah begitu besar cuma memanjang dan di sekelilingnya mereka menampal span bagi bunyi tuh tidak keluar, membuatkan gema music tuh berpusing sekitar situ aje. jadi memang sebuti-butir bunyi tuh masuk menerjah rongga telinga bg mereka yang hadir. tahniah pada pihak Metal head pot kerana menyediakan tempat yang menarik ni. ok.. lagu seterusnya   blasphemic ideology of darwinisme, lagu yang ada dalam kompilasi Angkatan Metal Malaysia.. seperti yang pernah aku katakan tadi, aku dah tertinggal jauh dengan gig black metal ni. jadi memang rasa malu gak nak mengreview gig yang hebat ini. ye la.. kita review ikut suka kepala otak sendiri aje. band-band dan lagu pun tak kenal dan tak tahu. jadi kalau ada salah silap tuh harap dapat menegur.

Sindraz
Apapun, Sindraz antara band yang terbaik pesembahannya hari ini. Para crowd sudah tentu puas hati, dan aku tengok memang tak berhenti depa duk banging, penuh saja di depan. aku nak selit amik gambar pun susah.. hoho.. terpaksa amik dari jauh. tapi aku bajet, gambar leh minta kawan2 dan amik kt FB ajer. kalau terambik kat FB tuh harap halal kan yer.. hahha..  gambar juga  aku peroleh dari sahabat kita mat dan kawannya dari Tanjung ipoh, kuala pilah. dalam sakit sakit pun dia datang support gig PBS ni. harap gout ko cepat sembuh mat...okeh..last last.., Sindraz juga membawa lagu seperti  tibo nang geni, mason soul for lucifer, ngombeh getih dan yang terakhir the art of blood. aku suka tengok Indrazshamikhone yang berkepala botak dan bercorpse paint. nampak kejam dan comel... hahhaha.. suara ko memang unik bro..harap leh tengok lagi Sindraz di masa akan datang.
Insultor


Jam sudah pun menunjukkan pukul 6.10 rasanya dan band seterusnya, Insultor, dari subang selangor.band yang di anggotai oleh orang2 lama dlm scene ni.aku seperti biasa kejap ke depan kejap ke belakang duduk kat sofa. tak leh berdiri lama sangat, pinggang longgar.. hehhe.. jadi bila nak kedepan, memang dah susah nak amik gambar dah. jadi stay kt tengah-tengah layan hangguk pala sikit2. Insultor juga bercorpse paint di pentas. memang ganaih depa dan muzik mereka memang padu dan kejam. memang ganas insultor, masa lagu Blackseed di nyanyikan, vocal mereka hatred membuat gimik dengan mematahkan salib, perghh.. memang Insultor band yang ganas dan kejam. hahhaa.. gaya mereka di pentas macam Ancient Rites pun ada..
Tambah kapsyen
Mereka membawa 4 lagu petang itu di mana di mulai dengan 2 lagu baru mereka yang dalam proces recording Blasphemous preacher  dan  Ov goat n lust dan lagu terakhir mereka bertajuk
War of Northern Warrior dari single mereka 2008 rasanya, terima kasih pada Hashim yang bg tajuk lagu yang di bawa oleh Insultor petang itu. sebenarnya aku dapat tengok sat ajer Insultor kerana ada urusan penting nak kena selesaikan. mmmm... rasa stop disini. panjang sangat dah.. kalau panjang2, malas orang mau membacanya. hahhaa.. kita sambung ke part II plak. dalam masa terdekat aku cuba selesaikannya... 
 next...
NEFTARAKA, ASMODEUS, NOSFERIAL, DEAD, DARK NIRRAJIM dan KAMBING SAKTI
to be continued....



kingxlan..
161117














Selasa, 7 November 2017

Ice cream...

kling..kling..kling... ice cream.. ice cream...
1 singgit.. 1 singgit..

sabtu lepas, jam 10 mlm keluar seorang  diri  ke car boot sale di mercato bandar enstek. mula nak kuar 1 family. tp ada yg dh tdo.. aku kuar sorang aje la.. tujuan keluar saja nk cuci mata and jumpa kawan besi sejak dri bangku skolah lagi. geng yg ajar tentang dunia underground. Sblm ni hanya tau tentang metal2 atas tanah jer... rupanya, bawah tanah pun ade... dasyat-dasyat. hehehe...

sampai je ke tempat kejadian, aku terus bergerak menuju ke destinasi yg dituju. parking moto kt jalan masuk. boleh je nk parking dekat, tp aku nk cuci mata jap. hee.. singgah sat kt org jual mainan. belek-belek patung kamen rider. ni klu bwk anak maun disambarnya ni.. heee.
 rm12 gogo eh..tuh kalau sorang.. kalau 4 org.. koyak gak tuh..

ok.. kembali ke tujuan asal.. sampai je kt stall keciknya. kawan aku zamri namanya sibuk melayan customer. tak menang tangan di buatnya. aku apa lg.. sebagai kawan tolong la dia.. tolong pandang aje la...hahaha..  tlg pandang pun dapat aiskrim pree apa... hee.. sodap lak tuh..  sambil2 dia melayan customer.. kami borak2 kosong. dlm sibuk dia mencedok aiskrim. aku snap la gambar dan nk promote bisnes aiskrim kawan aku ni.


Ini bisnes tetap beliau, setelah diberhentikan kerja kerana kegawatan ekonomi. tp beliau tidak melatah dan duit pampasan yg diperolehi, beliau  mengambil kursus membuat aiskrim dan seterusnya berniaga aiskrim di tapak pasar2 malam, pesta,majlis2 keramaian spt sambutan harijadi, sukan, kahwin dan sebagainya. alhamdulillah.. dapat sambutan yg menggalakan.
Antara tapak pasar yg dia berniaga spt di mercato bandar enstek, bandar springhill, pasar malam politeknik port dickson dan area-area port dickson.
Selain itu beliau juga membekal ais krim 6 liter dan kon utk berniaga atau majlis sendiri.

sesiapa yang berminat nk rasa dan menempah utk sebarang majlis, boleh la cri beliau di mana beliau berniaga atau layari page FB beliau seperti di bawah.

Memang sedap aiskrim sahabat ku ini. rata2 yg beli masa dia berniaga adalah regular customer.
sampai habis berniaga aku duk sembang. sampai xcukup aiskrim la.. tgh tutup pun org duk tanya lg. handa ko jang... heee..
Tapi dunia metalnya semakin berkurangan dah.. mungkin dah naik haji kut.. hahaha.. xkisah la.. asal ko bahagia dah... hehehe...


Apapun.... aku menulis bkn kerna nama.. cewahhh.. mcm lagu plak.. menulis kerana suka-suka dan membantu kawan2 semampu yang boleh..  kita rajin... kejayaan pasti ada. insyaAllah... kita bantu orang... orang lain akan bantu kita.  yang penting ikhlas... rezeki di kongsi bersama.
barang baik dan sedap pasti di kongsi..


https://www.facebook.com/Zamreez-aiskrim-1494152194225225/


kingxlan

07-11-2017