Hari ini pergi seremban nak tengok gig yang berlangsung di Dewan Kelab Melayu Dato Shahardin di KM Plaza seremban bersebelahan dengan Terminal One (seberang sungai). Bergerak dari rumah jam 3 lbh setelah wife pulang dari menjadi hakim pertandingan sahiba di SK pantai. Lambat dia balik.. lambat la aku pergi ... heee.
Sampai sana jam 4 lbh. parking atas aje. senang.. rm3 jer. jumpa sahabat2 dan pekena rokok sebatang dulu di luar venue. Dengan modai RM40.00 aku bergegas masuk ke venue dan acara dah pun berlangsung dengan dimulai oleh band The President.Tak sempat nak tengok band yg berasal dari seremban ni beraksi. sampai ajer dah lagu akhir sempat amik gambaq je sekepin..vokal dia perempuan tuh.. mesti suara best ni..di kabarkan mereka main genre heavy or melodic metal.
![]() |
The President |
sebelum meneruskan bicara, berikut senarai band yang beraksi di Final Warfare (mengikut turutan)
1. The President
2. Thrashit
3. Duncan Dukun's
4. Ironbird
5. Kugiran Di tepi Pantai
6. Putrified Remains
7. Larrong
8. Mortuary Ancestor
9. As Sahar
10. Infectious Maggots
jam1615
![]() |
Thrashit |
![]() |
Duncan Dukun's |
Seterusnya band tuan rumah seremban beraksi Duncan Dukun's, yang menampil kan 5 jejaka kacak
fahmi,aciyoi,apit,aliq dan aboi. band yang bergenre thrash/ heavy metal ini membawa 4 lagu dimulakan dengan Personafiction,Mortality, Reborn dan Remembering the Fallen. persembahan mereka nyata menghiburkan. para crowd mula merapat dan ber headbanging melayan lagu yang di sajikan. vocal aboi, nyata berinteraksi baik dengan para crowd yang pasti supporter kuat DD and N9 metalhead. Padu+agresif persembahan mereka. lagu mereka panjang-panjang.. style metallica and Dream Theater gitu2.. hehee.. apapun memang terbaik dan di jangka EP mereka keluar dalam masa terdekat ni, kalau tak silap atau dah keluar. Apapun leh cari mereka.
Dalam pada itu, gig ni di meriahi oleh saudagar-saudagar yang hebat-hebat belaka. menjual pelbagai merchandise utk mereka yang hadir menjamu mata dan menyambar mana yang berkenan. 100 lbh gak aku perabih duit bershopping. heee.. terima kasih pada yang menjual dan terima juga pada yang membeli. antara yang membuka boost pada hari tu seperti mamat record,blackwinds prods, jean koyak rabak wakaf prod.music hub,Garage merch dan lain2.
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEi_z2wPlKU8-MhD1Mzm0TEPuFrhEydmPXRXSNAgljhKddajX6doJ2v8fJzyEvMymbe4oRDENML0_YCw_qCG6Xn5jg0cgBsCje_-vko1SSiaNq7dnUf3gtPRBc3f3FF9I05upyBeLCw4_LR9/s200/FW+Saudagar+2.jpg)
![]() |
Ironbird |
Ok kita teruskan aksi panas hari ni. seterusnya band dari klang, Ironbird. antara band yang ingin aku saksikan, bermain genre heavy metal evil. memang evil dan meremang bila mereka beraksi. membawa beberapa lagu. 2 darinya lagu baru bertajuk ironbird dan 1 lagi aku tak perasan. para crowd semkin menggila pabila aksi bertenaga yang dipersembahkan oleh ironbird. ditambah lagi dengan lagu cover dari venom. Memang bertenaga dan pasti para crowd tidak puas dengan persembahan dari ironbird. sebelum persembahan ironbird berakhir, aku terpaksa keluar menunaikan kewajipan dahulu. dah lambat ni.. nasib baik dekat aje. tingkat 2. venue tingkat 4. memang terbaik venue ni. parking dekat, surau dekat, tandas dekat. besar pun besar... terbaik...
![]() |
Kugiran Di Tepi Pantai |
jam 1805
Kugiran di tepi pantai mengambil alih, band yang di barisi oleh orang lma dalam industri ini yg diketuai oleh abam combat.8 lagu yang disajikan oleh mereka antaranya goutfather, hti emas, awan nano+isabella, dara pujaan + bunyi gitar dan lagu sua sue yg dipopularkan oleh band the pilgrims pada asalnya pilgrim yang akan beraksi, tapi masalah line up, terpaksa tukar. masa persembahan kdtp, para crowd hanya menonton sambil bertwist ala2 pak maun. apapun persembahan org lama mmg mantap dan lagu sua sue para crowd sama2 menyanyi memeriahkan lagi pesta muda mudi pada hari ni. persembahan mereka berakhir jam 1840 dan majlis berehat untuk solat maghrib.
jam 1930
![]() |
Putrified Remain |
apapun memang terbaik dari Putrified Remain.
![]() |
Larrong |
Diterbangkan khas dari bumi kenyalang, Larrong band death metal dari Sarawak menghiasi pentas malam ini. Antara band2 yang di nanti ramai, yang juga band era 90 an. semestinya mempunyai pengalaman yang banyak dalam arena bawah tanah ini. namun sedikit kesal kerana pihak penganjur terpaksa mempercepatkan acara kerana kesuntukan masa, di mana permit sampai jam 10 sahaja. jadi Larrong hanya membawa 3 lagu saja kerana masih ade 3 band lagi yang belum beraksi. Apapun Larrong tidak patah semangat, mereka beraksi dengan begitu bertenaga, dengan membawa 3 lagu antaranya Tortured Land , Cult of Death dan Nuclear Armageddon. Para crowd nyata tidak puas, tapi apa nak buat, masa dah suntuk.
jam 2100
![]() |
Mortuary Ancestor |
jam 2120
![]() |
As sahar |
Istimewa nya malam ini mereka ade vocalist jemputan dan yang pastinya mereka sedikit kecewa kerana gagal memberi kepuasan maksimum kepada crowd di mana mereka telah bersedia dengan 8 lagu namun malam ini, hanya 3 lagu saja yang dapat mereka bawa iaitu 1.meditasi 2.devil bandit 3.tinggam. namun dapat perform lepas gian jadi la, kata syaf suhaimie. apapun tahniah As Sahar, nama mu memang menjadi sebutan.. hahahha...
jam 2200
![]() |
Infectious Maggot |
Band penutup malam ini, Infectious Maggot, band industrial grind yang semestinya bukan nama asing bagi peminat muzik bawah tanah ni. Mereka beraksi dengan vocalist baru, setelah Fattul keluar dari I.M. aku hanya menyaksikan gamba dan video aje..huhuu.. memang panas bila melihatnya. persembahan mereka nyata menghuru harakan keadaan. Lagu-lagu yang di bawa I.M seperti Black Ritual Ceremony, Uninvited Dancer, Shelter, Dive, Shapechanger dan beberapa lagi.
Tamat sudah Final Warefare. Sayang aku x berkesempatan di akhir persembahan. Terima kasih banyak pada Moq Garage Merch dan Yan Somber Metaltainment kerana menganjurkan gig yang hebat ini. Walaupun ade beberapa masalah yang di hadapi, namun semuanya berjalan lancar dan berjaya menghiburkan peminat2 underground di N9 amnya dan peminat yang hadir dari luar n9.
Sekian terima kasih..
next gig purun.. kalau dapat turun..
![]() |
bersama waris ujang (apit) |
kingxlan...
today is wednesday
1.11.2017
Tiada ulasan:
Catat Ulasan