Kesibukan semestinya menjadi penghalang. Walaupun sudah agak 2 minggu telah berlalu, namun aku tetap meneruskan review gig Purunistic Black Symposium part II. setelah part I telah pun di keluarkan pada 16 November yang lalu. Biarlah ia lambat sekalipun, namun kenangan itu tidak akan dilupakan dan akan sentiasa tersemat dalam blog ini sampai bila-bila pun.. hehehe...
Pernah sahabat berkata, kalau dah terjebak dalam dunia metal ni, dah tak boleh berhenti. mesti merinduinya semula. itu yang berlaku pada aku, lama tak mengikuti dunia metal ni. lebih-lebih lagi Black Metal. tapi perasaan tuh kembali semula, mungkin sebelum ni lebih menumpukan pada keluarga dan kerjaya dan sekarang anak2 pun dah membesar dan kerjaya pun dah ok, jadi tak banyak nak pikir lagi, jadi terjebak la balik ke dunia metal ni.. hahhaa...
Neftaraka
Neftaraka
Kita sambung semula ke part II Purunistics Black Symposium yang berlangsung pada 11-11-2017. kita mulakan dengan band yang ke-6 . Band dari ipoh, Neftaraka. salah satu band yang nk aku tgk hari ni. antara band yang sudah lama berada dalam scene underground. Aku pakai baju Neftaraka masa gig PBS ritu, (saja nk kabo) hhehhee..Mereka yang hadir agak lewat kerana masalah perjalanan, tidak menghampakan penonton yang hadir hari ini. persembahan mereka nyata menghiburkan. penampilan bercorpse pint juga mereka petang ini dengan vocal mereka menyimbah mukanya dengan darah kambing.. ganas betul abang faizul kita ni.. hahha.. gimik ajer.. pewarna merah sebenarnya.. agaknya la.. kalau darah kambing xtau la kan.. hhaaha.. apapun neftaraka memang padu dan kejam persembahan mereka memulakan aksi dengan Intro (freezing moon - cover mayhem) tapi sekerat jer.. heee. lagu seterusnya Forgotten yang di petik dari EP mereka raw Ist law kemudianAbandon dari EP Revelation of SuppressiondanThe knoll EP Raw Ist law. Para crowd yang dari td masih tidak berganjak terus headbanging melayan lagu dari neftaraka. aku mcm biasa, duk blakang ajer.. mmg nak ke depan memang dh penuh. para crowd memang tak berganjak. yela ni band last sebelum rehat jam 7.00 nanti. persembahan merek tamat dlm 7 lbh sikit. azan maghrib dah berkumandang dah. hehhe.. 2 lagu terakhir dari neftaraka, mereka membawa cover wolves of blood & iron (cover satanic warmaster) dan Sex & Roll (Death Resist.
Neftaraka
Tamat persembahan, semua keluar ke destinasi masing2. makan ke, solat ke, atau ikut suka mereka la.
aku lepak2 jap kt bawah dan ada juga yang ajak g mkn. tapi tolak.. aku pergi bank islam kt hujung tuh. nk kuar duit, nk bli apa yg dijual kt dlm. pastuh terus g ke metro kajang berseorangan aje. aku memng suka jalan sorang2 pasal bebas nk ke mana. lps tuh g mkn satay... hehe..
Asmodeus
Asmodeus
kembali dari rehat, band dari sabah memulakan aksi. Asmodeus yang juga ahlinya 2 org aje. memang gempak band ni. puas hati betul menyaksikan persembahan mereka. musik yang mantap dan suara yang jelas serta kejam membuatkan para crowd semakin mengila. walaupun berdua, asmodeus memang mantap. tak sia2 pihak penganjur membawa mereka ke PBS kali ini. berbaloi betul. aku siap beli cd asmodeus hari itu.cuma belum berkesempatan mendengarnya.. hahaha.. asmodeus mlm tu memulakan aksi dengan membawa lagu dari EP dan demo tahun 2012. lagu-lagu seperti Sinner in circle, Blasphemy of hate,
Sodomize by Satan,
666 dan
Blasphemer ov Bethlehem.
Asmodeus
memang gempak persembahan mereka, vocal mereka Stiv yang tidak berbaju malam tuh nyata berpuas hati dengan persembahan beliau, katanya beliau mendengar sendiri nyanyian yang di bawanya di gig PBS ni berbanding di gig-gig yang lain. Asmodeus mengakhiri persembahan mereka dengan 2 lagu cover iaitu Crushing the scapter(gorgoroth cover)
Fiisfucking god planet(Marduk cover). ko memang hebat Stiv n Asmodeus. mantap dan bersahaja ko mengkucar kacirkan crowd yang hadir.harap ko boleh datang lagi ke semenanjung buat persembahan. Para organizer gig, anda boleh panggil Asmodeus untuk beraksi kerana mereka memang band yang mempunyai kualiti yang sangat mengkagumkan.
Nosferiel
Nosferiel
Ok kita tutup Asmodeus, seterusnya band dari pantai timurTerengganu Nosferiel. Band yang di anggotai oleh 4 jejaka kacak belake, peramah, dan sgt friendly dan di ketuai oleh Danyel, Duan, Nazro dan hafiz. aku pernah tengak mereka beraksi, memang power band ni. vocal dia duan, memang mempunyai suara yang keras dan mantap.sebab itu beliau selalu di jemput menyanyi oleh band lain utk menyanyi bersama. okeh..kita tinggalkan Duan yang kacak tuh.
Duan Thrash
Nosferiel band Black/Death metal malam itu membawa 6 lagu seperti, Myrmidonian angel war, Bloodsucking vandal, Infernal spell, Blood raven dominia, saturnus empyrium dan Merciless deamonskullsplitter. kesemuanya dari compilation2 yang mereka sertai. aku masih menunggu mereka release material baru nak gak sambar,tapi mereka masih lagi berahsia nampaknya. hahhaa... mengenai, crowd yang hadir, mereka nyata support band Nosferiel walaupun keletihan, mereka respek dengan duan yang sgt peramah dan friendly. beliau tidak lokek bergambar bersama-sama dengan kawan-kawan.
DEAD
Seterusnya, band dari pantai timur juga, dari Pahang. band Dead atau IV VI IV. band yang penampilannya berjubah hitam dan corpse paint ni di jemput last minit setelah band Atrocious dari Johor menarik diri kerana masalah ahli di mana slah seorang dari ahlinya mengalami kemalangan jalan raya dan patah tangan. harap saudara Azmi Atrocious cepat sembuh dan boleh beraksi semula.
DEAD
Dead memulakan aksi dengan lagu dari album mereka hening kelam.The inferi dan malam itu dead membawa semua lagu baru mereka yang masih belum keluar lagi. lagu-lagu seperti Kabus, Ruh, A Curse. persembahan dead memang bersahaja, rilek and steady. manakala para crowd pula masih tidk berganjak dan terus berhead banging melayan lgu2 dari dead.
bagi aku dead antara band yang bagus dan lgu2 mereka sgt berkualiti dan tak sabar menunggu material baru dari mereka.
Dead mengakihri persembahan dengan lagu When Dawn Draws Nearyang juga lagu baru yg belum release lagi. Terbaik Dead or IV VI IV.
Dark Nirrajim
Seterusnya band dari ipoh, Dark Nirrajim. band yang ditubuhkan pd tahun 1995. Band yang bergenrekan blck metal. Malam itu mereka beraksi dengan agak baik, tapi masa lagu kedua kalau tak silap.tali gitar bass mereka putus dan terpaks meminjam bass kawan2 lain. tali baru katanya, tapi main ganas sangat kut.. hehehe.. pra crowd masih tidak berganjk walaupun ada diantara mereka
crowd dah letih
sudah penat dan duk bersila di tepi2 dinding. yang menariknya mlm tu, DN membawa lagu berhantu mereka perjanjian syitan dengan vocalist jemputan dari nosferael duan thrash. walaupun tidak lancar dan terpaksa tengok lirik yg di tulis sendiri. duan thrash berusaha sebaik mungkin bagi menghiburkan para crowd, walaupun tak lancar dan lari tempo, apapun duan memang best, lagu yang memang berhantu bg peminat2 metal ini biasanya dinyanyikan oleh akey mistik. tapi beliau dah tak bersama lagi dan. di kabarkan ini mungkin gig terakhir dari Dark Nirrajim kerana masalah nk bersma sesama mereka. tapi tak tau la.. dengar kabo ajer.. hehee.
Kambing Sakti
Usop
PBS akhirnya smpai ke penghujung. band yang di nantikn oleh pemint metal yang hadir. kambing sakti dari sarawak. band yang jarang beraski di semenanjung atau tak pernah ni. memang sebuah band yang ganas. beraksi dgn corpse paint yang menarik memulakan aski dgn lagu Rotten In Hell dari demo 2011 mereka. aksi yang padu dari Usop and the gang. para crowd memang dah keletihan, namun terus berhead banging melayan lagu-lagu dari Kambing Sakti. band last semestinya para crowd kasi pulun habis. seterusnya lagu Kambing Sakti yang juga dari demo 2011 mereka dan Darkness is Thy Light cover dari band Tulah lagu ke-3 yang mereka bawa malam tu. selepas itu mereka meneruskan aksi mereka dengan membawa lagu dari cover band tersohor Emperor yang bertajuk The Black Wizards. lagu semestinya menarik minat crowd yang hadir dan menjadi lagu jamming bagi band2 black metal di malaysia ni dan lagu terakhir mereka pada malam itu, mereka membawa lagu dari album live mereka tahun 2013 The name ov lucifer namun peminat masih lagi tidak berpuas hati dan mereka mahukan lagi walaupun keletihan sudah terpampang di wajah mereka, Kambing sakti pun begitu juga, namun demi peminat, mereka menambah 2 lagi lagu di mana lagu cover dari Old man child(Demoniacal Posseion) dan lagu terakhir Fuel for hatred cover dari Satyricon. Persembahan yang begitu mantap dari Kambing Sakti dan memang puas hati melihat mereka beraksi.
Kambing Sakti
Tamat sudah persembahan, semua yang hadir keletihan, namun kegembiraan terpancar di wajah mereka kerana berpuas hati dengan gig Purunistic Black Syposium kali ini. Gig yang berjaya menyatukan semua metallers di seluruh malaysia dan semestinya kami mahukan lagi gig seperti ini di adakan dan semestinya mahukan band-band yang terbaik dan mampu memberi kegembiraan kepada peminat yang hadir. semoga saudara Icam akan terus mengelolakan gig ini dan menjemput band-band luar pulak beraksi. sesekali jemput la Gorgoroth ka, Abbath ka, Emperor ka,xpun jemput band pesawah padi Zuriaake. hehhehe... ok sampai di sini saja, jika ada salah dan silap harap maafkan dan. semoga kita berjumpa lagi di lain masa. majulah metal untuk malaysia....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan