![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEh80dLWC_mL4JZ9W2_tCOi4uxTHNyIgMTvHefgmw1TePaDN3TQHY7ubFVZPGOuq9WB-pkqZFDa6rcCR9x_gFi_ysQPqNOZWEJiHXnhRrFJ4pGPO8DHwkOABCqNYe9k4bt-kfXyh2FlYvj71/s320/abc1.jpg)
1 singgit.. 1 singgit..
sabtu lepas, jam 10 mlm keluar seorang diri ke car boot sale di mercato bandar enstek. mula nak kuar 1 family. tp ada yg dh tdo.. aku kuar sorang aje la.. tujuan keluar saja nk cuci mata and jumpa kawan besi sejak dri bangku skolah lagi. geng yg ajar tentang dunia underground. Sblm ni hanya tau tentang metal2 atas tanah jer... rupanya, bawah tanah pun ade... dasyat-dasyat. hehehe...
sampai je ke tempat kejadian, aku terus bergerak menuju ke destinasi yg dituju. parking moto kt jalan masuk. boleh je nk parking dekat, tp aku nk cuci mata jap. hee.. singgah sat kt org jual mainan. belek-belek patung kamen rider. ni klu bwk anak maun disambarnya ni.. heee.
rm12 gogo eh..tuh kalau sorang.. kalau 4 org.. koyak gak tuh..
ok.. kembali ke tujuan asal.. sampai je kt stall keciknya. kawan aku zamri namanya sibuk melayan customer. tak menang tangan di buatnya. aku apa lg.. sebagai kawan tolong la dia.. tolong pandang aje la...hahaha.. tlg pandang pun dapat aiskrim pree apa... hee.. sodap lak tuh.. sambil2 dia melayan customer.. kami borak2 kosong. dlm sibuk dia mencedok aiskrim. aku snap la gambar dan nk promote bisnes aiskrim kawan aku ni.
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEh6BW69SiYLpDwi87Tk5KSXdTlxWQQiu7ykIL5_B9oBDRJxqQOI4lcRIadk1G_ROHpvDEYmK5hq78RFWT4hJ6HX7geliwWxQgurrXJqna4nuk3KoYacyKa7SVzawv6jYvwV8qL1MP5CPeBj/s320/abc3.jpg)
Antara tapak pasar yg dia berniaga spt di mercato bandar enstek, bandar springhill, pasar malam politeknik port dickson dan area-area port dickson.
Selain itu beliau juga membekal ais krim 6 liter dan kon utk berniaga atau majlis sendiri.
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhpXcYTaILipdwyBUSFav3yWsMGyxOmZcoEXwvznPp60E9k-ZPGoMQ8bFNRnmw-_fQ7pjV5I5XoIWfJD5h-aHCVD7DXRHVCfFy9vsXSDV3UDhua7wmAUYZh5iFnfvmER6T7zw5eNnbQGdQv/s200/abc5.jpg)
sesiapa yang berminat nk rasa dan menempah utk sebarang majlis, boleh la cri beliau di mana beliau berniaga atau layari page FB beliau seperti di bawah.
Memang sedap aiskrim sahabat ku ini. rata2 yg beli masa dia berniaga adalah regular customer.
sampai habis berniaga aku duk sembang. sampai xcukup aiskrim la.. tgh tutup pun org duk tanya lg. handa ko jang... heee..
Tapi dunia metalnya semakin berkurangan dah.. mungkin dah naik haji kut.. hahaha.. xkisah la.. asal ko bahagia dah... hehehe...
Apapun.... aku menulis bkn kerna nama.. cewahhh.. mcm lagu plak.. menulis kerana suka-suka dan membantu kawan2 semampu yang boleh.. kita rajin... kejayaan pasti ada. insyaAllah... kita bantu orang... orang lain akan bantu kita. yang penting ikhlas... rezeki di kongsi bersama.
barang baik dan sedap pasti di kongsi..
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgnd4sqzxmWmH-ZPAa7dRSme3ajbxDTy8HS3dK_LwmtOZqIASVFoMUV4SPEhV9YkErdH61calFEDm8SUCc6tBCgqB5yNnbGfkrglF6Gf52C_hX3AMeDRIUusqd4FaLe2uTY3AbkqE4JoLoJ/s320/abc4.jpg)
kingxlan
07-11-2017
Tiada ulasan:
Catat Ulasan