
Menulis satu kerja yang rumit, banyak perkara yang perlu diambil berat, seperti idea, pengetahuan, pengalaman dan yang penting sekali masa. Jika masa tuh tiada, pasti sukar menyiapkannya jika mempunyai date line. Tapi jika kerjayanya penulis, masa mungkin bukan penghalang bagi mereka, idea pulak yang menghantui mereka. jadi kesimpulannya, menghasilkan yang terbaik dalam penulisan, memerlukan masa, idea dan pengetahuan yang luas dalam segala aspek. hehhee..
Dalam kesibukan harian, aku gagahkan juga nak menulis, dengan masa yang tak berapa nak ada, idea yang datang dan pergi, dan pelbagai halangan lagi. Jadi kerana minat ku teruskan juga menulis review gig Purunistic Black Symposium.
Sebelum menaip panjang, ribuan terima kasih kepada organizer Icam Panzerfaust and staff serta band-band 13 KRIEG, MARADASUTMA, ANTI-R, SINDRAZ, INSULATOR, NEFTARAKA, ASMODEUS, NOSFERIAL, DEAD, DARK NIRRAJIM dan KAMBING SAKTI. tak lupa juga pada semua metallers yang hadir. Gig yang totaly dari dunia black metal ini berlangsung di metal head pot di kajang, selangor. barisan band yang hebat-hebat belaka dan pasti menggegarkan pentas gig hari ini.111117, satu tarikh keramat, yang pasti memberi seribu satu kenangan buat semua yang hadir di kajang ni. Sambutan yang agak memberansangkan di mana kehadiran dari seluruh pelusok negeri dalam malaysia ni. dari perlis bawak ke johor, dari pantai timur dan juga dari sabah dan sarawak bertemu di kajang utk menghadiri perhimpunan panji-panji dunia kehitaman.. heee.. ayat xleh blah.. apapun di kabarkan sebelum bermulanya gig PBS ni, bapak polisi telah datang membuat pemeriksaan dimana mereka mendapat report yang gig black metal akan diadakan, namun tuan punya venue telah bertindak pantas dan menyetelkan masalah ini dan acara berlangsung dengan amannya..Dalam pada itu, pada waktu yang sama, bertembung lagi satu gig di hard rock kafe melaka yang menampilkan band2 yang hebat juga. namun apa kan daya, masing2 tak mahu mengalah, bagi 2 la peminat pada hari tu. separuh kajang, separuh melaka.apapun aku lebih kepada gig di kajang kerana dekat dan semestinya mahu menyaksikan band2 yang bergenrekan black metal.
![]() |
| 13 Krieg |
Aku telah pun bersedia dgn band yang berkonsepkan, NS Black Metal dari petaling jaya, 13 Krieg.
mereka memulakan aksi dengan membawa lagu pertama Propaganda dari rehearsal 2017 mereka. pertama kali melihat live mereka nyata aku terpegun melihat aksi bersahaja mereka. Lagu kedua, Heil Kommand juga dari rehearsal 2017, Vocal mereka Yunus cuba menguasai pentas kecil di metal head pot ni dgn kelincahan dan pergerakan serta vocal yang screamy, menghangatkan lagi petang yang dingin dek hujan di luar sana. Namun dalam kelincahan yunus menyanyi kan lagu, sedikit gangguan dari mirofon yang membuatkan tidak kedengaran suara nyata mencacatkan sedikit persembahan, apapun atok Rizal nyata sibuk dengan peranannya sebagai pembantu technical membantu memperbaiki mirofon di mana wayar nya tercabut rasanya. heheee.. Seterusnya 13 Krieg membawa lagu yang nyata menghangatkan lagi keadaan dengan membawa lagu lama iaitu Under A Funeral Moon cover Dark Throne,lagu favourite neh..hahhaa.. dan lagu terakhir cover juga dari band otai Aradia, As I Am Thy Heir Of The Throne. Atas permintaan ramai, para crowd nyata tidak puas dan mahukan lagi dari 13 Krieg, namun mereka tetap dengan pendirian meraka mahukan menamat persembahan lepas lagu Aradia itu. Apa boleh buat, kami para crowd nyata hampa dan tidak puas dengan persembahan dari 13 Krieg. aku lagi hampa, kerana mahukan lebih lagi dari 13 Krieg dan crowd yang menggila, namun apakan daya, persembahan pertama, crowd masih lagi segan2 dan belum bernafsu lagi. huhu.. apapun salute to 13 Krieg. hail NSBM..![]() |
| 13 Krieg |
seterusnya band dari melaka bandaraya bersejarah, Maradasutma. band yang sepatutnya relese EP mereka hari ini, tapi terpaksa di tunda ke hujung bulan 11 ni kerana ada sedikit masalah yang tak dapat di elakkan. selain EP, baju juga akan release skali, maka yang dah order tuh. tunggu je la yer...
![]() |
| Goathlordth Record |
Dalam leka membelek-belek, tengok di hadapan pentas, para crowd dah merapat. Wow.. hebat aura Maradasutma ni.. aku dah xleh nak ke depan mengambil gambar yang jelas. terpaksa plak shot dari jauh aje.. hahha.. ok.. Maradasutma telah memulakan aksi dlm jam 4 lbh. band yang bergenre Melodic eastern black death metal ini membawa lagu yang bakal keluar dlm EP mereka tak lama lagi. antaranya Down into the new era, Warrior of region gate, Jebat Derhaka dan Satanic born.
![]() |
| Naberious -Bass |
![]() |
| maradasutma |
![]() |
| maradasutma |
![]() |
| Anti-R |
Anti-R telah pun bersedia di pentas, mereka memulakan asi dengan intro mereka di mana kedengaran bunyi loceng gereja yang agak menyeramkan.. wooo... tgk filem orang putih baru tahu bunyi loceng gereja tuh... kalau tak tengok mana tau bunyi apa kan.. hehhe.. intro nya seperti mahu memanggil varg vikernes datang membakar gereja yang buat bising tuh... hahhaa.. tapi memang hari tu aku nampak ramai gak (5-6 org jer,,) pakai baju burzum dan patches burzum di jaket masing2. memang aura burzum menghantui mereka2 di zaman 90an dulu.. termasuk aku. heee..
ok, setelah intro, mereka membawa lagu Screaming of the Dead Gods I dari EP mereka yang baru release dan juga lagu Sorcery of Hatre. persembahan mereka nyata padu dan mantap. walaupun berdua, mereka mampu mempersembahkan yang terbaik untuk para crowd.Lagu terakhir yang mereka bawakan ialah where is all god... yang ini aku tak pasti lagu siapa dan mungkin lagu baru Anti-R. apapun, penampilan mereka hari itu membuatkan aku terpegun sedikit. ye la. dah lama tinggalkan dunia black metal ini (15 tahun kut) baru 1-2 tahun ni muncul balik dan pergi gig.. hehhe..memang dah ketinggalan zaman aku ni.
ingat dah takde lagi band2 yang nk corpse paint dan berjubah hitam ala paderi jahat di gig.. hahha.. rupanya masih ada lagi,... pernah tgk DEAD main dgn jubah dan corpse paint di Nilai, tapi Anti-R ni lain macam ganasnye... terpegun gak aku.. hahhaa.. apapun Anti-R hebat anda...
![]() |
| sindraz |
![]() |
| sindraz |
![]() |
| Sindraz |
![]() |
| Insultor |
Jam sudah pun menunjukkan pukul 6.10 rasanya dan band seterusnya, Insultor, dari subang selangor.band yang di anggotai oleh orang2 lama dlm scene ni.aku seperti biasa kejap ke depan kejap ke belakang duduk kat sofa. tak leh berdiri lama sangat, pinggang longgar.. hehhe.. jadi bila nak kedepan, memang dah susah nak amik gambar dah. jadi stay kt tengah-tengah layan hangguk pala sikit2. Insultor juga bercorpse paint di pentas. memang ganaih depa dan muzik mereka memang padu dan kejam. memang ganas insultor, masa lagu Blackseed di nyanyikan, vocal mereka hatred membuat gimik dengan mematahkan salib, perghh.. memang Insultor band yang ganas dan kejam. hahhaa.. gaya mereka di pentas macam Ancient Rites pun ada..
![]() |
| Tambah kapsyen |
War of Northern Warrior dari single mereka 2008 rasanya, terima kasih pada Hashim yang bg tajuk lagu yang di bawa oleh Insultor petang itu. sebenarnya aku dapat tengok sat ajer Insultor kerana ada urusan penting nak kena selesaikan. mmmm... rasa stop disini. panjang sangat dah.. kalau panjang2, malas orang mau membacanya. hahhaa.. kita sambung ke part II plak. dalam masa terdekat aku cuba selesaikannya...
next...
NEFTARAKA, ASMODEUS, NOSFERIAL, DEAD, DARK NIRRAJIM dan KAMBING SAKTI
to be continued....
kingxlan..
161117













Tiada ulasan:
Catat Ulasan